Thursday, February 5, 2026

Makan Bersama Mamluk dan Aeiyal

- us Lukmanul Hakim kuliah Maghrib Khamis 5-Feb-2026

Kitab Bahrul Mazi Bab Makan Bersama Mamluk dan Aeiyal

Mamluk ie hamba yg dimiliki. Dlm konteks hari ini ianya adalah org kebanyakan
Aeiyal ie bermaksud keluarga / tanggungan

Bab ini menekankan adab seorang tuan atau ketua keluarga ketika makan. Dalam bab ini, pengarang kitab (Syeikh Muhammad Idris Al‑Marbawi) menjelaskan bahawa seorang tuan dianjurkan untuk tidak memisahkan dirinya daripada hamba sahaya (mamluk) atau orang bawahannya ketika makan, malah digalakkan duduk semeja dan makan bersama mereka sebagai tanda kasih sayang, tawaduk, dan menghilangkan sifat sombong

Hikmah kejadian manusia bertaraf iaitulah kita tidak boleh hidup sendirian, kita perlu menyesuaikan diri utk hidup bermasyarakat dgn struktur hidup adanya pemimpin, pengurus, pekerja dan rakyat jelata.
Hikmah yg lain adalah Allah itu Maha Adil, dlm konteks fiqh Syafie adil bermaksud menepati hak setiap pihak tanpa berat sebelah, seperti dalam qada', jual beli, waris, dan nikah.

Makan bersama hamba sahaya, pekerja.
  • Huraian utama sunnah berjimat dan bergaul -- Tuannya wajib kongsikan hidangan dengan hamba/bawahan pada satu meja, kerana Rasulullah saw makan bersama Az-Zubair, Bilal, dan sahabat lain tanpa pemisahan kelas. 
  • Larangan ujub/kasar -- Makan berasingan boleh timbulkan riyak atau merendahkan org  bawahan; hukumnya makruh jika tiada keperluan syarie.
  • Hikmah fiqh -- Mengelakkan isak (kekikiran), memastikan makanan halal, dan mendidik akhlak tuan agar adil. 

Dalil hadis riwayat At-Tirmidzi, daripada Aisyah r.a. tentang Rasulullah saw berkongsi roti dengan hamba.

Maksudnya: Suwaid menceritakan kepada kami, Abdullah memberitahukan kepada kami dari Al-Mutsanna bin Ash Shabah dari Amr bin Syuaib dari datuknya iaitu Abdullah bin Amr berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Dua macam perilaku, siapa yang kedua perkara tersebut ada pada dirinya, maka Allah mencatatnya sebagai orang yang bersyukur dan orang sabar, dan barang siapa yang kedua perilaku tersebut tidak ada pada dirinya, maka Allah tidak mencatatnya sebagai orang bersyukur dan tidak pula orang sabar : iaitu barang siapa melihat dalam hal agamanya kepada orang yang berada di atasnya lalu ia mengikutinya, dan barang siapa melihat dalam hal dunianya kepada orang yang berada di bawahnya lalu ia memuji Allah atas sesuatu yang dianugerahkan kepadanya, nescaya Allah mencatatnya sebagai orang bersyukur dan orang sabar, dan barang siapa melihat dalam hal agamanya kepada orang yang berada di bawahnya dan melihat dalam hal dunianya kepada orang yang berada di atasnya, lalu ia sedih atas suatu yang lepas dari padanya, maka Allah tidak mencatatnya sebagai orang bersyukur dan tidak pula orang sabar". [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2630]

- Dari Ma'rur r.a, ujarnya: "Saya bertemu dengan Abu Dzar di Rabazah. Dia dan hamba sahayanya memakai pakaian serupa. Saya tanyakan kepadanya, apa sebabnya mereka memakai pakaian serupa. Jawabnya "Dahulu saya pernah memaki seseorang dengan mencela ibunya. (Sehubungan dengan itu) Rasulullah menegur saya: "Hai Abu Dzar! Mengapa engkau maki dia dengan mencelanya ibunya? Rupanya engkau masih berfikiran seperti Jahiliyah. Hamba sahayamu itu adalah saudara mu atau pakcikmu yang diamanahkan Allah dalam tanggungjawabmu. kerana itu, siapa saja mempunyai saudara yang menjadi tanggungjawabnya, hendaklah diberi makan sama seperti yang dimakannya, dan diberinya pakaian sama seperti pakaian yang dipakainya. Dan janganlah mereka dibebani pekerjaan diluar kemampuan mereka. Jika mereka terpaksa harus mengerjakannya juga, bantulah mereka." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0024]

- Syeikh Idris menegaskan bahawa seorang ketua
  • wajib menyediakan makanan yang halal dan baik untuk isteri, anak, dan semua yang berada di bawah tanggungannya, dan berdosa besar jika dia menahan nafkah atau memberi mereka rezeki yang haram atau syubhah. 
  • makan bersama keluarga digambarkan sebagai salah satu cara mengukuhkan silaturahim, menanam kasih sayang, dan menjadi medan pendidikan adab kepada anak‑anak, seperti membaca doa, makan dengan tangan kanan, dan tidak mencela makanan.

- Sambungan: Kelebihan buat kenduri

No comments: