- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 7-Jun-2026
Tafsir Surah Luqman ayat 31:1 hingga 12
Surah Luqman ayat 31:1 (klik sini)
{ الٓمٓ }
Alif, Laam, Miim.
Surah Luqman ayat 31:2 (klik sini)
{ تِلۡكَ ءَايَٰتُ ٱلۡكِتَٰبِ ٱلۡحَكِيمِ }
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
- Hikmah (dan kebijaksanaan) ini tidak terhad kpd yg dipelajari dlm kelas. Kebijaksanaan perlu dirujuk kpd Al-Quran dan tafsirannya serta sunah², seterusnya kpd penulisan² ilmuwan Islam, seterusnya penulisan² dari penulis bukan Islam.
Surah Luqman ayat 31:3 (klik sini)
{ هُدٗى وَرَحۡمَةٗ لِّلۡمُحۡسِنِينَ }
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.
- Ilmu yg ada pada Nabi itu bersifat hidayah dan rahmat. AL-Quran itu menjadi petunjuk kpd org yg melakukan perkara baik, yg ada nilai pd dirinya. Zaman kita kini terbalik, kerana org suka/cenderung utk menonjolkan dirinya agar dilihat/dinilai oleh org lain (peminat/follower/pengikut).
Surah Luqman ayat 31:4 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ }Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
- Turunnya ayat ke4 ini sewaktu org² Islam ditekan dari pelbagai susut (akidah, pemikiran, ekonomi, sosial).
Surah Luqman ayat 31:5 (klik sini)
{ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Surah Luqman ayat 31:6 (klik sini)
{ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ }Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
- Sebab Turun Ayat (Asbabun Nuzul) menurut Ibnu Kathir:
Ibnu Kathir meriwayatkan bahawa ayat ini turun berkenaan Nadr bin Al-Harith, seorang tokoh kafir Quraisy di Mekah yang menentang dakwah Nabi Muhammad saw, yg suka membuat content²/podcast yg memperlekeh dakwah Nabi.
Konteks sejarah:
Nadr bin Al-Harith bersaing dengan Nabi dalam mempengaruhi orang Quraisy. Ketika Nabi menceritakan kisah-kisah para nabi dan kisah langit-akhirat, Nadr menceritakan kisah-kisah Kesempangan (Farsi, Islaiat, Rustum) dan lagu-lagu melalaikan. Dia mendakwa cerita2/content²nya lebih baik drpd cerita² (dakwah) yg disampaikan oleh baginda Rasulullah. Ini adalah bentuk "lahwal-hadith" (percakapan yang melalaikan) untuk menyesatkan orang dari jalan Allah.
- Menurut Ibnu Kathir, ahli tafsir memahami لَهْوَ ٱلْحَدِيثِ (lahwal-hadith) sebagai:
Segala yang melalaikan dari mengingat Allah dan beribadah, termasuk cerita²/content² palsu, lagu-lagu, dan perbualan sia-sia yang menghalang dari iman
Orang yang membeli/mendengar dengan niat menyesatkan dan mengejek agama.
Makanturunnya surah Luqman ini sebagai alternatif kpd cerita²/content² kosong yg melalaikan, setakat memenuhi waktu.
Surah Luqman ayat 31:7 (klik sini)
{ وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَٰتُنَا وَلَّىٰ مُسۡتَكۡبِرٗا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا كَأَنَّ فِيٓ أُذُنَيۡهِ وَقۡرٗاۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ }Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
- Kadang² org tak buleh nak ikuti apa (dakwah) yg baik, bukan kerana tiada access kpd maklumat, tetapi lambakan cerita²/content² yg melalaikan sgt byk.
Surah Luqman ayat 31:8 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلنَّعِيمِ }Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,
Surah Luqman ayat 31:9 (klik sini)
{ خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ }kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
- Ayat ke9 ini memberikan kekuatan kpd org² Islam, yg sering rasa tertindas.
Surah Luqman ayat 31:10 (klik sini)
{ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيۡرِ عَمَدٖ تَرَوۡنَهَاۖ وَأَلۡقَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٖ كَرِيمٍ }Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
- Apa yg menjadi pasak kpd kehidupan kita adalah nilai yg menjadi tiang hidup, iaitu keimanan dan penyerahan diri hanya kpd Allah.
Surah Luqman ayat 31:11 (klik sini)
{ هَٰذَا خَلۡقُ ٱللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦۚ بَلِ ٱلظَّٰلِمُونَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ }Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.
- Ayat ke11 ini ada pendekatan pendebatan. Ayat ke10 itu menjadi modal debat utk mematikan hujah dan keegoan org² kafir Quraisy, dan pendeta², pembesar² kafir Quraisy. Soalan mematikan bhw apakah ciptaan tuhan² yg disebah selain dari apa yg diciptakan oleh Allah pd penciptaan bumi dan alam.
Surah Luqman ayat 31:12 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن يَشۡكُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٞ }Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
- Apa hikmah yg ada pd Luqman?
- Luqman seorg yg bersyukur kpd Allah, itulah hikmah yg paling tinggi nilainya disisi Allah, menandakan kecerdasan rohani kpd seorg hamba. Org yg bersyukur itu mempelajari ilmu utk beramal.
No comments:
Post a Comment