Wednesday, July 8, 2026

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:261 hingga 262

- us Dr Zawawi bin Ismail kuliah Mahgrib Rabu 8-Jul-2026

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:261 hingga 262

Surah Al-Baqarah ayat 2:261 (klik sini)
{ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ }

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

- Dalam hukum fekah, ayat ini menunjukkan bahawa harta pada asalnya ialah milik manusia, tetapi pemilikannya bersifat amanah dan terikat dengan hak Allah. Maksudnya, seseorang bebas memiliki, menggunakan, dan mengurus harta dalam batas syarak, namun sebahagian harta mesti diarahkan kepada zakat, nafkah, sedekah, wakaf, dan perbelanjaan yang halal.

- Angka 700 datang daripada perumpamaan biji benih: 
  • 1 biji → 7 tangkai → 100 biji setiap tangkai, jadi hasilnya 700
- 700 itu menunjukkan gandaan yang besar dan nyata, tetapi Allah sendiri menegaskan bahawa Dia boleh melipatgandakan lagi bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Jadi, 700 bukan angka sempit yang mengehadkan rahmat Allah, sebaliknya tanda bahawa balasan Allah sangat luas.
Ini selari dengan sifat Allah yang Maha Luas kurnia-Nya dan Maha Mengetahui niat hamba-Nya.

Surah Al-Mulk ayat 67:1 (klik sini)
{ تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ }

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

- "تَبَٰرَكَ" merujuk kpd barakah berterusan dari Allah kpd hambaNya.

Surah Al-Baqarah ayat 2:262 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنّٗا وَلَآ أَذٗى لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

- Bentuk ungkitan yang merosakkan infaq
Dalam tafsir Ibn Kathir, 
  • "مَنّٗا" (manna) ialah mengungkit-ungkit jasa atau pemberian, seperti berkata: “Aku yang bantu kamu” atau “Aku yang beri kamu makan.”
  • "أَذٗى" (a dza) pula ialah menyakiti hati penerima, sama ada dengan kata-kata kasar, sindiran, merendahkan maruah, atau memalukan orang yang menerima bantuan.
Kedua-duanya merosakkan nilai sedekah kerana pemberian itu sepatutnya mengangkat martabat manusia, bukan menjatuhkan atau melukai mereka.
"خَوۡفٌ" ketakutan yg datang dari manusia itu jiwa/psikologi manusia sendiri.

Infak mestilah ikhlas kerana Allah, bukan untuk pujian manusia.
Pahala infaq boleh gugur atau menjadi kurang jika infaq diiringi ungkitan dan menyakiti hati penerima.
Adab memberi sama penting dengan jumlah yang diberi, kerana yang dinilai bukan hanya hartanya tetapi juga hati dan akhlaknya

No comments: