Sunday, October 25, 2026

Kafarah Zihar

- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 25-Okt-2026

Kafarah Zihar

Menurut Imam al-Syafi‘i, zihar ialah lafaz suami yang menyamakan isterinya — atau mana-mana anggota tubuhnya — dengan wanita yang menjadi mahram kekal kepadanya, seperti ibu, tanpa menalak isteri tersebut secara talak bain. Hukumnya haram, dan ia tidak memutuskan perkahwinan tetapi menimbulkan larangan bersetubuh sehingga kafarah ditunaikan.

- Definisi Zihar Mazhab Syafie

Imam al-Syafie mentakrifkan zihar sebagai:
  • Lafaz suami yang menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita yang mahram secara kekal (mu’abbad) kepadanya.
Contohnya, suami berkata kepada isterinya: “Belakang awak sama seperti belakang ibu saya” atau “Awak bagiku seperti ibu saya.” Jika lafaz itu jelas (sarih), zihar berlaku walaupun tanpa niat; jika samar (kinayah), ia hanya berlaku apabila disertai niat zihar.

- Larangan dalam Tempoh Zihar
Selepas zihar berlaku, suami dilarang bersetubuh dengan isterinya sehingga dia menunaikan kafarah. Menurut mazhab Syafi‘i, larangan itu khusus kepada hubungan intim yang sebenar (jimak), bukan segala bentuk kelazatan atau sentuhan.

- Dalil zihar
Dalil utama zihar ialah surah Al-Mujadalah, ayat 1–4. Ayat 3 menyatakan bahawa orang yang menzihar isterinya kemudian mahu kembali kepada apa yang telah diucapkannya, wajib memerdekakan hamba sebelum kedua-duanya bersetubuh.

Surah Al-Mujadallah ayat 58:3 (klik sini)

{ وَٱلَّذِينَ يُظَٰهِرُونَ مِن نِّسَآئِهِمۡ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُواْ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مِّن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّاۚ ذَٰلِكُمۡ تُوعَظُونَ بِهِۦۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ }

Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

- Kafarah Zihar
  • Kafarah zihar wajib ditunaikan mengikut tertib kemampuan, iaitu bermula dengan pilihan pertama; jika tidak mampu, barulah beralih kepada pilihan berikutnya.
1. Memerdekakan Hamba
Pada masa kini, apabila perhambaan tidak lagi wujud, pilihan ini lazimnya tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, kafarah beralih kepada puasa dua bulan berturut-turut.

2. Puasa Dua Bulan Berturut-Turut
Puasa kafarah zihar ialah 60 hari berturut-turut, tanpa putus. Jika terputus kerana uzur syar‘i seperti haid, nifas, sakit, atau safar, jemaah perlu mengulang puasa tersebut selepas uzur berlalu.

3. Memberi Makan 60 Orang Fakir Miskin
Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Setiap orang diberikan satu mud, iaitu kira-kira 3/4 liter atau secupak makanan asasi tempatan seperti beras.

- Hukum Jika Melanggar Hukum Zihar
Jika suami bersetubuh dengan isterinya sebelum menunaikan kafarah zihar, perbuatan itu haram dan dia berdosa. Namun, perkahwinan tetap sah, dan dia tetap wajib menunaikan kafarah zihar.

Jika suami tidak mahu menunaikan kafarah, maka dia mesti mencerai isterinya (ie cerai talak 3), kerana syariat tidak membenarkan suami terus mengekalkan isteri dalam keadaan dilarang bersetubuh tanpa kafarah.

Jika si suami ceraikan isterinya dgn talak satu, dia masih dikira suami isteri dan hukum kafarah masih tertanggung atas suami. Jika dia rujuk semula dlm tempoh edah, dia masih wajib menunaikan kafarah zihar, dan haram hukumnya melakukan persetubuhan dgn isterinya itu hinggalah kafarah zihar ditunaikan.


No comments: