Thursday, September 30, 2010

Zakat

Maksud firman Allah SWT: 

"Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat..." (Surah Al-Baqarah 2:43)

"Ambillah zakat daripada sebahagian harga mereka; dengan zakat itu membersihkan kamu dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka..." (Surah At-Taubah 9: 103)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a., bahawa Rasulullah SAW pernah mengutus Mu'az untuk berdakwah ke Yaman. Baginda berpesan kepadanya: yang bermaksud "Sesungguhnya engkau akan berhadapan dengan kaum ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Jika mereka menerimanya, maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah memfardukan atas mereka solat lima waktu dalam sehari semalam. Jika mereka taat untuk melakukan itu, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah memfardukan atas mereka zakat yang diambil daripada orang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada yang fakir. Jika mereka mahu melakukan itu, maka jauhilah olehmu mendekati harta mereka dan takutlah engkau terhadap doanya orang yang dizalimi, kerana antara doanya dan Allah tidak ada penghalang." (Riwayat Al-Bukhari no 1496 dan Muslim no 2583)

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliaiu berkata: Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, "Sesiapa yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu tidak mahu menunaikan zakatnya, maka kelak pada hari Kiamat hartanya itu akan diserupakan dalam bentuk ular berbisa yang memiliki dua bintik hitam di atas kedua matanya yang akan melilitnya, lalu mematuk kedua rahangnya. Ular tersebut akan berkata: 'Aku adalah kekayaanmu dan harta simpananmu.'" Seterusnya beliau membacakan firman Allah (Surah Ali 'Imran 3: 180): Janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta ygna mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari Kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Riwayat Al-Bukhari no 1338)


x-x

No comments: