Wednesday, June 18, 2014

Perkara2 meningkatkan ketakwaan

-us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Rabu 18 Jun 2014
Tafsir ayat Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 183 - 185

Ayat 183

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ayat 184

(أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)

  (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Ayat 185

(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ) 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur


- Objektif berpuasa adalah utk menjadi org yg bertakwa.
1. 4 hukum puasa
  1. Wajib - 2 rukun puasa (niat & menahan diri dr perkara2 yg membatalkan puasa lapar dr terbit fajar hingga terbenam matahari)
  2. Sunat - lakukan perkara yg sunat sepanjang Ramadhan utk menyempurnakan ibadah puasa.
  3. Haram - perkara yg membatalkan puasa
  4. Makhruh - Tinggalkan yg dibenci Allah spt membaca al-Fatihah dgn sekali nafas, atau menyambung ayat2. Bersembang, berwhatsapp, main game, menonton tv yg tak berfaedah.

2. Rasulullah melaknat 3 golongan.
  1. Anak yg tidak berkhidmat terhadap ibu bapa yg sudah tua.
  2. Org yg tidak berselawat apabila mendengar selawat.
  3. Orang yang hidup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosanya, sedangkan hadith mengatakan barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan maka akan terampun dosa-dosanya yang lalu. (Nota: Terima kasih kpd Anonymous di atas komen anda bertarikh 30-Jun-2014. Point ke-3 yg tertinggal disetakan di sini.)
3. Utk mendapat ketakwaan maka perbanyakan lakukan perkara yg sunat.

4. Perkara2 sunat yg jarang dilakukan di bulan Ramadhan:
  1. Menyambung silaturrahim - perbanyakan ziarah dan mengeratkan silaturrahim.
    - Silaturrahim didefinasikan sebagai ahli keluarga.
    - Ada suatu kisah di zaman Umar Al-Khattab, dtg seorg perempuan dan 2 org anaknya menemui khalifah utk meminta bantuan, saidina Umar menanyakan jika dia mempunyai adik beradik. Dia memberitahu ada saudara perempuan dan saudara lelaki. Saidina Umar kemudiannya meminta alamat kediaman mereka, wanita itu bertanya utk apa. Saidina Umar memberitahu dia hendak ke rumah saudara2 perempuan itu utk diambil sedikit harta mereka utk diberikan kpd wanita itu. Lalu wanita itu melarang Saidina Umar dr meneruskan hajatnya, kerana dia takut akan terputus silaturrahim. Kata Saidina Umar, oleh kerana saudara wanita itu tidak memberikan bantuan dr hartanya maka merekalah yg memutuskan silaturrahim dgn wanita itu dan 2 anaknya.
  2. Diperbanyakkan sedekah - memberikan lebihan harta kpd org fakir miskin.
  3. Memperbanyakkan tilawah Al-Quran, sekurang2nya sekali khatam.
  4. Sunat bersolat tarawikh dan witir. Sunat witir di bulan Ramadhan adalah disunatkan secara berjemaah.
5. Anugerah Allah terhadap org yg berpuasa:
(a) Doa org yg berpuasa tidak ditolak.

1 comment:

Anonymous said...

tolong add, no. 3:
orang yang hidup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosanya, sedangkan hadith mengatakan barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan maka akan terampun dosa-dosanya yang lalu.