Sunday, July 6, 2014

Fitnah kubur

- Kuliah Suboh Ahad 6-Jul-2014 (9 Ramadhan 1435H)

1. Kenikmatan berakhir dgn kematian:
-Surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 16

Ayat 12:
(وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

Ayat13:
(ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ)
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

Ayat 14:
(ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ)
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Ayat 15
(ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ)
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

Ayat 16:
(ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ)
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

7 perkara
1. Jangan mensyirikkan Allah
a) hadis - akan berpecah umatku kpd 73 golongan.
Amalan2 yg dikaitkan semasa sdg nazak:
1. Adapun org yg baik dan beriman maka akan dtg kpdnya malaikat yg berpakaian putih lagi harum bau-bauannya. Adapun org yg tidak neriman, maka akan dtg kpdnya malaikat dgn pakaian serba hitam dan berbau busuk.
2. Roh org yg tidak beriman enggan meninggalkan jasad, kerana takut.

Surah al-Munafikun 10
(وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ)
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Hadis - beginilah keadaan  kpd org yg nak mati (nazak), org akan minta ditangguh sedikit masa kematian utk dia melakukan infak dr hartanya.

2. Alam kubur
Alam nazak dan alam kubur adalah dua alam sebelum manusia dibangkitkan.
Memohon perlindungan dr azab kubur.
 
Amalan yg menjurus kpd mendapat azab kubur
  1. Menangis melampaui batas apbl berlaku kematian.
  2. Tidak buang air kecil dgn betul
    • Tidak tus
    • Tidak jaga percikan hingga terpercik kpd pakaian utk bersolat
    • Melaga2kan 2 org muslim
  3. Melakukan maksiat
  4. Mencari ilmu yg tidak baik

Perkara2 yg boleh menjauihi azab kubur:
  1. 1. Mengamalkan doa memohon dijauhkan azab kubur.
  2. 2. Melakukan perkara yg baik
  3. 3. Mati fisabilillah
  4. 4. Mati pd hari Jumaat
  5. 5. Mati akibat dr penyakit dlm perut.
  6. 6. Sentiasa membaca surah Al-Mulk (Nabi mengamalka(nya sebelum tidur)

Kedudukan seseorg di Padang Mahsyar:
Amalan2 yg perlu diamalkan utk menjauhkan azab di Padang Mahsyar:
 
1. Rasulullah bersabda, 7 golongan akan berada dibawah naungan rahmat Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. 
  1. imam ie pemerintah yg adil
  2. Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah. 
  3. Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid. 
  4. Dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. 
  5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah. 
  6. Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. 
  7. Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata.

Membaca Al-Quran
- Surah yg akan memberi syafaat di Padang Mahsyar ie
  1. Surah Al-Baqarah
    Rasulullah bersabda, jangan jadikan rumah kamu spt kubur, bacalah surah Al-Baqarah, kamu akan selamat dan syaitan tidak akan masuk ke dlm rumah.
  2. Surah Ali Imran.
Menjaga wuduk
  • wuduk akan menyebabkan seseorg itu dibangkitjan di Padang Mahsyar dlm keadaan bercahaya anggota wuduknya.
  • Sabda Rasulullah, Barangsiapa yg tumbuh ubannya, maka ianya akan bersinar di Padang Mahsyar.
  • Sunnah inaikan rambut yg beruban dgn warna inai, bukannya dye rambut kpd hitam.
  • Org yg mati di jln jihad fisabilillah
  • Dia boleh memberi syafaat kpd 40 org dr ahli keluarganya.

Org yg membebaskan hamba muslim maka dia akan dijauhkan dr api neraka. (keadaan semasa sudah tiada lagi hamba).

No comments: