Saturday, July 26, 2014

Amalan bagi menyambut Aidilfitri

- tazkirah Ramadhan Jumaat 25-Jul-2014

Amalan-amalan menyambut Aidilfitri

1) Banyakan bertakbir

Surah Al-Baqarah Ayat 2:185 (klik ini utk paparan ayat)

(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

2) Perbanyakkan berdoa
5 malam yg mustajab utk berdoa:
  1. Malam Jumaat
  2. Malam nisfu syaaban
  3. Malam pertama bulan Rejab
  4. Malam hari raya Aidilfitri
  5. Malam pertama Aidiladha

3) Disunatkan mandi sunat Aidilfitri di pagi raya.

4) Menjamah makanan sebelum pergi bersolat sunat Aidilfitri.
  • Berbeza dgn Aidiladha, disunatkan solat sunat Aidiladha dahulu kemudian baru menjamah makanan atau bersarapan.

5) Bersalaman, bermaafan dan ziarah-menziarahi
  • Nabi ajarkan, supaya bila bertemu ucapkan salam, dan ucapan "taqabbalallahu minna wa minkum".

    تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ 

  • maksudnya: "semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian".
  • orang yg mendengar ucapan di atas, membalas dengan ucapan yg sama.

No comments: