Monday, January 19, 2015

Tafsir Surah An-Naziat Ayat 79:17 hingga 24

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 19-Jan-2015

Surah An-Naziat ayat 79:17 hingga 24


Ayat 79:17 (klik sini utk paparan ayat)


(اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ) 

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);


Ayat 79:18 (klik sini utk paparan ayat)


(فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ) 

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?


Ayat 79:19 (klik sini utk paparan ayat)


(وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ) 

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "


Ayat 79:20 (klik sini utk paparan ayat)


فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى 

(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.


Pd zaman Nabi Musa a. s. orang mengiktiraf kepandaian seseorg yg boleh melakukan sihir. Dlm kerajaan mereka diberikan pangkat dan jawatan.

Pd zaman Nabi Isa a. s. orang menyanjung mereka yg boleh mengubati pesakit. Allah mengurniakan mukjizat kepadanya (ie Nabi Isa as) menyembuhkan pesakit dgn cara menyapukan tangannya.

Pd zaman Nabi Muhammad saw, orang menyanjung seseorg yg pandai dlm bidang bahasa (ie bahasa arab), spt bersyair. 

  • Kedatangan Rasulullah mengalahkan karangan2, syair yg mereka agungkan. Itulah ayat2 Al-Quran yg diwahyukan kpd Rasulullah melalui malaikat Jibrail. 
  • Sehingga kini tiada satu org yg boleh menghasilkan ayat bandingan kpd Al-Quran. Inilah mukjizat yg dianugerahkan kpd Rasulullah yg boleh dinikmati oleh sekelian umatnya, walau baginda telah wafat. 
  • Berbanding dgn mukjizat nabi2 sebelum nya, mukjizat yg dianugerahkan kpd mereka hanya boleh dilihat pd zaman kehidupan nabi tersbt sahaja.


Ayat 79:21 (klik sini utk paparan ayat)


(وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ) 

Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);


Ayat 79:22 (klik sini utk paparan ayat)

 

(ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ) 

Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).


Ayat 79:23 (klik sini utk paparan ayat)

 

(فَحَشَرَ فَنَادَىٰ) 

Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -


Ayat 79:24 (klik sini utk paparan ayat)

 

(فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ)

Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".


Kenapa firaun boleh hingga ke tahap menganggap dirinya adalah tuhan?

1) Allah memberikan kelebihan kpdnya dgn tidak pernah sakit, diberikan kemewahan dan kekayaan, umur yg panjang.

2) tiada siapa yg berani membangkang kata-katanya, taksub yg melampau hingga mempercayai bhw hidup mereka di sebabkan oleh firaun.

Alasan ke2 tsbt perlu dijadikan iktibar dan ingatan, bhw pemimpin yg melakukan kesilapan perlu di tegur, rakyat tidak boleh taksub (fanatik) kpd pemimpinnya, ini akan menjadikan pemimpin itu akan melampau dgn Allah.


Pd zaman Nabi Musa a. s. Allah arahkan hujan utk tidak turun ke bumi Mesir, disebabkan oleh seorang yg melakukan maksiat selama 40 tahun. Nabi Musa hairan dgn keadaan itu dan hairan kerana doanya tidak diperkenan oleh Allah. Nabi Musa mengadu kpd Allah mengenai hal tsbt dan Allah memberitahu bhw ada seorg yg telah melakukan maksiat sehingga ditahan hujan dr membasahi bumi Mesir. Nabi Musa kemudiannya menanyakan kpd pengikutnya jika ada yg melakukan maksiat dan meminta dia mengakuinya. Namun tiada yg mengaku.

Pengikut yg melakukan maksiat itu kemudiannya insaf dan melakukan taubat kpd Allah, setelah itu baharulah diturunkan hujan. 


Nota:
Klik sini utk sambungan kuliah tafsir Surah An-Naziat:


No comments: