Saturday, January 9, 2016

Rezeki dan Meminta Bantuan

- us Zamri kuliah Suboh Sabtu 9-Jan-2016
Bab bersederhana dlm kehidupan dan sedekah,  dan celaan dari meminta dari orang tanpa sebab.

- Apa sahaja yg melata di muka bumi ini kecuali rezekinya ditentukan oleh Allah.

- Kita jangan risaukan hal rezeki, sama ada cukup atau tidak. Pentingkan usaha yg perlu dilakukan, kerana kecukupan rezeki itu adalah dlm kekuasaan Allah.
- Allah memberikan seseorg itu rezeki berdasarkan kpd kehendakNya, bukannya mengikut kehendak kita.

- Kehormatan
Sedekah itu bagi orang-orang fakir, dan tidak sanggup/larat bertebaran di muka bumi utk mencari rezeki. Mereka tidak meminta-minta dr org lain kerana menjaga maruah.

- Hadis: bukanlah kaya itu dengan banyaknya harta. Kaya itu adalah kaya jiwa.
- Tidaklah dunia itu kecuali tipu daya shj.
- Berjayalah seseorg itu dgn diberikan rasa qanaah (kecukupan) dgn rezeki yg diberikan kpdnya.

Jangan melampau dlm bersedekah
- Keutamaan memberikan bantuan (atau sedekah) itu kpd org hampir dgn kita.
- Jangan berinfak (secara melampau) hinggakan selepas berinfak kita pula perlu mohon bantuan dr org lain. Berpada dlm berinfak.
- Org yg berhak diberikan bantuan adalah org yg paling hampir dgn kita, bermula dr ahli keluarga, adik -beradik, jiran tetangga.

No comments: