Sunday, August 14, 2016

Qurban dan Permasalahannya

- us Dr Hasnan Kassan kuliah Maghrib Ahad 14-Ogo-2016

Dalil Qurban

1. Surah Al-Haj ayat 22:36 (klik sini utk paparan ayat)

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Surah Al-Kauthar Ayat 1-2:
Ayat 108:1 (klik sini)
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Ayat 108:2 (klik sini)
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Maksud solat dlm ayat ke2 ini adalah solat sunat Aidil Adha.

- Hukum Qurban adalah sunat muakkad (yg dituntut)
- Imam Nawawi menyebutkan dlm kitabnya, hukum qurban adalah sunat kifayah, apbl telah ada salah seorg dr ahli keluarganya telah melakukan qurban. Boleh disimpulkan, 1 keluarga 1 bhgn qurban.
- Hukum qurban menjadi wajib bila seseorg itu bernazar.

- Sunat utk org yg hendak berqurban utk tidak menggunting atau bercukur bulu di kepala, badan, ketiak dan kemaluan, juga tidak menggunting /potong kuku bermula dr 1 Zulhijjah hingga sembelih qurban. Makruh hukumnya seseorg itu memotong/gunting rambut dan bulu di badannya, atau memotong kukunya dlm tempoh itu.

- Surah Al-Haj ayat 22:32 (klik sini)
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

- Jika dia tidak boleh menyembelih kerana keuzuran, maka dia dibolehkan menyaksikan org lain menyembelih haiwan qurbannya.

- Bagi seorg wanita, Rasulullah mengarahkan anaknya Fatimah utk bangun dan pergi ke tempat penyembelihan utk menyaksikan qurban.

- Afdal haiwan utk diqurbankan adalah:
  1. Unta
  2. Lembu
  3. Kambing kampung
  4. Kambing biri-biri
  • Qurban seekor kambing adalah lebih afdal dr menyertai salah satu bhgn qurban unta atau lembu.
  • Afdal kpd peserta qurban utk menyembelih sendiri haiwan qurbannya.

- Qurban utk org yg telah meninggal
1) Sekiranya ada wasiat dr arwah, maka dibolehkan melakukan qurban untuk arwah.
  • Nama yg diletakkan (utk qurban atau bhgn qurban) adalah nama org yg telah meninggal.
2) sekiranya tiada wasiat, maka org yg berqurban boleh mensedekahkan pahala qurbannya utk arwah.
  • Nama yg diletakkan (utk qurban atau bhgn qurban) adalah nama org yg masih hidup (contoh nama anak sulung). Dia kemudiannya meniatkan pahala ibadah qurban itu disedekahkan kpd si mati.
- Apbl dia qurban utk org lain, maka wajib dia sedekahkan daging qurban itu. Jika termakan, maka tergantung sah qurbannya, sehingga dia menggantikan daging tsbt.

- paling afdal adalah berqurban di tempat di mana kamu tinggal.

- Utk qurban di tempat lain, afdalnya adalah jadikan itu sebagai sedekah. Lakukan qurban di tempat tinggal. Sementara sedekah kpd acara sembelihlah di tempat lain.

- Pembahagian daging qurban
1) Wajib bersedekah kpd org yg miskin sama ada yg tidak hadir atau hadir ke tempat qurban.
  • Sekiranya adik-beradik berqurban seekor lembu, kemudian membahagikan daging qurban sesama mereka shj. Maka tergantung sah qurban mereka hingga digantikan daging itu dgn daging segar, (bukannya diganti dgn daging beku).
3) daging yg telah diagihkan kpd org miskin, maka org miskin itu boleh menjual daging tsbt, kerana telah bertukar milik daging tsbt kpdnya.

- Afdalnya semua daging qurban disedekahkan, melainkan sedikit dr daging qurban itu dijamu kpd peserta qurban sekadar sesuap dua. Tidak dibawa pulang daging qurban tsbt.

- Daging agihan qurban utk org miskin itu tidak boleh dicampurkan dgn kulit, lelemak, organ dalaman. Ianya mestilah daging shj.

Qurban nazar
- Qurban nazar, maka org yg bernazar itu mestilah mensedekahkan keseluruhan daging qurban itu, dan tidak boleh diambil sedikit dibawa pulang utk jamu keluarganya. 
  • Sekiranya dia berbuat demikian, maka mestilah dia menggantikan daging tersbt dgn daging segar dn disedekahkan kpd org miskin.

-

No comments: