Sunday, September 4, 2016

Qurban dan permasalahan semasa

- us Johari Kuliah Maghrib 4-Sep-2016

Ibadah Qurban

1. Hadis riwayat Imam Ahmad: sesiapa yg Allah beri dia kelebihan. Allah beri dia kelebihan rezeki, tetapi tidak buat qurban. Janganlah dtg dekat dgn tempat sembelihan qurban.

- Mazhab Hanafi mewajibkan ahlinya melakukan qurban pd setiap tahun.

2. Rasulullah mengajarkan:
  1. Lihat dan pilih sendiri haiwan yg hendak dijadikan qurban.
  2. Memilih haiwan qurban yg berkeadaan terbaik di antara haiwan² yg ada.
  3. Menyembelih sendiri haiwan yg diqurbankan.
    • Gunakan pisau/parang sembelih paling tajam, spt dr jenama Zwiling (pemegangnya dibuat di German manakala mata pisau/parang dibuat di Jepun, sykt pengeluar mata pedang samurai)
  4. Memakan masakan qurban di tempat sembelihan. Baginda menghirup sup kambing yg disajikan.

3. Hukum memberi bahagian daging qurban kpd org bukan muslim: Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi, dibolehkan Pembahagian daging qurban kpd bukan muslim, lebih-lebih lagi kpd mereka yg ada kecenderungan kpd Islam. Pembahagian kpd bukan muslim itu merupakan suatu dakwah kpd mereka (yg bukan muslim) utk merapatkan mereka kpd Islam, semoga diberikan hidayah kpd mereka utk memeluk Islam, di atas kebaikan yg ditunjukkan dlm ibadah qurban.

- Perlu lihat konteks luar kampung (yg majoriti atau semuanya muslim), di mana agihan daging qurban kpd golongan miskin yg bukan muslim merupakan dakwah islamiah.

4. Qurban itu utk keseluruhan ahli keluarga yg duduk serumah, oleh ketua keluarga. Manakala Aqiqah adalah utk individu.
  • Ahli keluarga yg duduk rumah lain atau tempat lain, maka mereka tidak termasuk dlm kumpulan qurban di tempat lain.
  • Begitu juga kpd lelaki yg mempunyai isteri lebih dari satu yg tidak duduk serumah, maka qurban itu adalah utk keluarga yg dimana Aidil Adha disambut.
  • Lakukan qurban di tempat di mana Aidil Adha di sambut.

5. Agihan daging qurban boleh diambil oleh jawatankuasa qurban dgn persetujuan peserta qurban, boleh di lihat/dicatat dlm borang serta qurban. J/K qurban gunakan daging qurban dan masak makanan utk dimakan bersama di surau/masjid.
  • Agihan 1/3 kpd yg mengambil bahagian dlm ibadah qurban.
  • Agihan 2/3 daging qurban kpd fakir miskin.
  • Agihan daging sahaja, manakala organ dalaman (spt paru, limpa, perut, hati, jantung, perut), ekor, kepala, tulang dan kulit, tidak diagihkan kpd fakir miskin.

Catatan kuliah:

No comments: