- us Abd Basir - kuliah Maghrib Selasa 25-Jul-2017
Cara berpakaian mengikut sunnah Rasulullah
1) warna serban:
- Rasulullah memakai serban yg byk ada yg putih, hitam, merah, etc. Namun apa yg diajarkan/diserukan oleh Rasulullah kpd para sahabat adalah utk memakai serban warna putih.
- begitu juga warna pakaian, Rasulullah lebih suka jika para sahabat memakai pakaian putih.
- Antara kata-kata Rasulullah dan perbuatan Rasulullah, yg manakah yg lebih afdal utk diikuti?
- kita perlu ikuti apa yg disebutkan oleh Rasulullah, kerana perkataan Rasulullah adalah diilhamkan atau diwahyukan utk diikuti oleh umatnya. Sebaliknya perbuatan Rasulullah itu ada kalanya khusus utk baginda shj, namun ada juga perbuatan baginda yg disuruh oleh baginda utk diikuti oleh umatnya.
2) Ekor serban
- kedudukan ekor serban Rasulullah adalah terletak di antara 2 bahu (ie di tengah2 jika dilihat dr belakang).
- panjang ekor serban:
minimum ekor serban adalah 4 jari.
pertengahan adalah 1 jengkal
paling panjang adalah 1 hasta.
Makruh sekiranya pjg ekor serban itu melebihi 1 hasta.
- sekiranya ekor serban itu lebih pendek dr ukuran 4 jari, maka jangan di keluarkan ekor serban (ie masukkan dlm lipatan serban)
- niat memakai serban adalah utk menuruti sunnah Rasulullah.
- adab memakai serban adalah dlm keadaan berdiri, dlm keadaan berwuduk, dan membaca Ayat Qursi ketika melilitkan serban di kepala.
3) khomis atau jubah yg dipakai oleh Rasulullah
Terdpt 3 jenis khomis yg dipakai oleh Rasulullah:
(a) pakaian spt jubah yg labuh yg disarung dr kepala.
- hari ini kita panggil khomis spt ini sebagai "jubah".
(b) jenis khomis yg dipakai/disarung dr kepala. Panjangnya khomis ini hingga mencecah betis.
- hari ini kita panggil khomis ini sebagai "qurta".
(c) jenis khomis yg ke-3 ini juga dipakai/disarung dr kepala, dan panjang khomis ini hingga paras punggung. Rasulullah memakai kain bila memakai khomis ini.
- yg ini kita paggil "baju melayu".
4) minyak rambut
Sunnah utk kita memakai minyak rambut di kepala (yg berambut) kerana Rasulullah sentiasa memakai minyak rambut. Hinggakan para sahabat nampai kesan minyak rambut baginda pd serban yg baginda pakai.
No comments:
Post a Comment