Monday, August 7, 2017

Tafsir surah Al-Anfal Ayat 8:43-44

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 7-Ogo-2017


Surah Al-Anfal Ayat 8:43 (ms 182)

A043


(إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا ۖ وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيرًا لَفَشِلْتُمْ وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ سَلَّمَ ۗ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ)

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.


Ayat 8:44

A044


(وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذِ الْتَقَيْتُمْ فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلًا وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا ۗ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ)

Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.


1) Tanda bacaan: 

(a) sod lam ya: sambung bacaan adalah lebih baik bagi mereka yg memiliki nafas dan tahu cara bacaan.

(b) qaf lam ya: berhenti bacaan ditempat tanda itu.


- surah Al-Anfal ini berkenaan perang, dan bersambungan dgn surah seterusnya ie surah At-Taubah.

- setelah berhijrah ke Madinah, umat Islam bertambah dan membina pasukan ketenteraan.

- dlm ayat 43 ini Rasulullah mengetuai pasukan utk menahan kabilah quraisy yg diketuai oleh Abu Sufian. Tindakan ini adalah kerana sebelum berhijrah ke Madinah, harta benda penganut Islam dirampas oleh org kafir.

- ayat 43 ini, Rasulullah menerima mimpi bhw tentera kafir quraisy kecil bilangannya.

- ayat 44, Allah menampakkan tentera Islam kecil bilangannya, kerana Allah memalukan kaum kafir quraisy dlm peperangan ini (ie Perang Badar).

- dr segi moralnya, org Islam bertambah keyakinan mereka kpd janji Allah. Manakala moral kaum kafir quraisy merosot kerana bilangan mereka yg ramai tidak mampu menewaskan tentera Islam yg kecil.

No comments: