Friday, August 11, 2017

Pindaan Akta 164

- us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib Jumaat 11-Ogo-2017

Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) 

- Beza antara enakmen dan akta bg negeri2 dan wilayah persekutuan.
Enakmen undang2 keluarga Islam perlu dirujuk di mahkamah syariah setiap negeri. Manakala akta undang2 keluarga Islam adalah utk KL, Putrajaya dan Labuan.

Apbl seseorg memeluk Islam (lelaki atau perempuan) maka dia terikat dgn undang2 keluarga Islam.

(a) jika dia tlh berkahwin dan mempunyai isteri yg masih belum Islam, maka status perkahwinannya (yg masih tertakluk dlm bidang kuasa mahkamah sivil).

(b) jika dia tlh berkeluarga dan mempunyai anak, maka status hak penjagaan anak masih belum selesai.

(c) tuntutan harta - pasangan yg belum Islam berhak menuntut harta sepencarian. Namun mahkamah sivil atau syariah tiada peruntukan utk kes ini.

Sehubungan itu perlu dipinda Akta 164 utk menyelesaikan kebuntuan di atas.
Bagi mahkamah sivil pindaan perlu mundpt kelulusan dari Parlimen.

(1) Dengan lulusnya pindaan RUU itu, hak diberikan kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam bagi memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil mengikut peruntukan Subseksyen 51(1) Akta 164.

- mahkamah akan menentukan hak penjagaan anak kpd pasangan muallaf ini bersama bekas pasangannya, mengikut pertimbangan dan kelayakan/kemampuan.

(2) Dgn pindaan itu, isu berbangkit berhubung pemelukan agama oleh salah seorang pasangan bukan Islam yang berkahwin di bawah undang-undang sivil dapat diselesaikan, seterusnya menjaga kepentingan dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak.

No comments: