Saturday, October 14, 2017

Dakwah dan hijrah Rasulullah

- us Anuar kuliah Suboh Sabtu 14-Okt-2017

Lakukan 4 perkara di antara selepas Suboh hingga terbit matahari
  1. Mengingati Allah
    • secara khusus spt berzikir, atau menghadirkan diri dlm majlis² ilmu/kuliah
  2. Beristigfar
    • memohon keampunan dr dosa, sama ada dosa yg kita sedari atau tidak disedari.
  3. Membaca Al-Quran
    • membaca Al-Quran, dan lebih baik dgn menghayati maksud ayat-ayat utk dijadikan panduan dan pengajaran.
  4. Bermuhasabah
    • apbl naiknya matahari kira² satu (1) galah, maka lakukan solat sunat Isyrak. Waktu solat sunat Isyrak ini:
      • bila masuk waktu solat isyrak? Ianya bermula selepas 15 minit terbit matahari hingga kira² 27 minit selepas terbit matahari, ie waktunya sekitar 12 minit. Waktu Dhuha adalah selepas 27 minit dari waktu Syuruk hingga masuk waktu Zohor.
      • Contoh: Suboh pd 6.15am; Syuruk pd 7.25am. Maka Isyrak pd (7.25am + 0.15) = 7.40am. Manakala Dhuha pd (7.25am + 0.27) = 7.52am  
      • ada pendapat mengatakan solat sunat Isyrak ini di awal waktu dhuha, ie kira² 27 minit selepas terbit matahari.

Dakwah Rasulullah:
- Dakwah terawal dilakukan di rumah Al-Arqam ibn Abi'l-Arqam.
- dakwah secara terang-terangan dimulakan dlm 2 kumpulan yg diketuai oleh Rasulullah sendiri dan satu lagi oleh saidina Hamzah bin Abu Talib.
- 2 sebab Abu Bakar diberi faham sebelum org lain faham, kerana:
  1. apbl Rasulullah dtg kpdnya utk berhijrah, maka saidina Abu Bakar faham akan keadaan itu (utk berhijrah), dia menyediakan unta tunggangan dan persiapan utk perjalanan itu bersama Rasulullah.
  2. dlm kes apbl Rasulullah tiba di Madinah dan utk mendirikan solat, ada sebidang tanah yg sesuai dijadikan tempat solat, tanah itu berharga 200 dinar, maka saidina Abu Bakar membayar 200 dinar tersbt dr uncangnya sendiri.
- mcm mana saidina Abu Bakar boleh sediakan 200 dinar utk membayar harga tanah itu, itulah yg dikatakan beliau tlh diberi faham (oleh Allah) mendahului dr org lain.

- apbl unta tunggangan Rasulullah berhenti di rumah Abu Ayub Al-Ansari.

- Abu Ayub Al-Ansari meninggal di Turkey (Constantinople) sewaktu menyertai peperangan. Sultan Muhammad Al-Fateh selepas dinasihatkan oleh gurunya tasaufnya, maka dia mencari dan dibersihkan kubur Abu Ayub An-Ansari. Tentera Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Constantinople. Sebelum itu beberapa pasukan tentera Islam telah mengalami kekalahan.

- org yg tercicir dlm dakwah adalah mereka yg terpesong tujuan dakwahnya, kerana mengharapkan balasan dr manusia.

- kemuncak kpd Hijrah adalah Rasulullah menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin, dgn ukhwah Islamiah.


Kemaskini:
  • AL-KAFI #1255: Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (klik sini)

No comments: