Sunday, March 18, 2018

Abdul Rahman bin Auf

- us Norazam kuliah Maghrib Ahad 18-Mac-2018

Sirah: Abdul Rahman bin Auf

1) Latar belakang
- Abdul Rahman bin Auf, dr keturunan Al-Kilab ie datuk dan datuk Rasulullah yg ke-6. Beliau dr kabilah Quraisy.
- dr Bani Zuhrah.
- nama asalnya adalah Abdu Amru (ie hamba kpd seorg yg bernama Amru). Rasulullah menamakan kpd "Abdul Rahman".
- dilahirkan pd zaman selepas 10 thn kelahiran Rasulullah.
(a) berusia 30 thn semasa kenabian Rasulullah
(b) berusia 43 thn pd thn Hijrah Rasulullah.

- berbadan tinggi, hampir sama tinggi dgn saidina Abu Bakar ra, berjambang, tampan.

- salah seorg yg awal memeluk Islam, ie org ke-8. Hasil dr dakwah Abu Bakar r.a.
- tidak byk sirah berkenaan Abdul Rahman bin Auf sebelum dr peristiwa Hijrah.

2) Memeluk Islam
- apbl memeluk Islam, Abdul Rahman bin Auf juga ditimpa kecaman dan ancaman dr kafir Quraisy.
- mengikuti hijrah pertama ie ke Habsyah. Sebelum hijrah ke Madinah.
- sebelum memeluk Islam, dia pernah mendengar bhw akan lahir seorg Nabi di kwsn kelahiran beliau.

3) Hijrah ke Madinah
- apbl tiba di Madinah:
(i) membina pusat aktiviti ie masjid
(ii) mempersaudarakan antara org² Ansar (ie org² Islam di Madinah) dgn Muhajirin (ie org² Islam yg berpindah dr Mekah).

- Rasulullah mempersaudarakan Saad bin Rabik dgn Abdul Rahman bin Auf. Seorg yg berharta dikalangan org Ansar. Dia:
(i) ingin bahagikan sebahagian  hartanya, kpd Abdul Rahman bin Auf.
(ii) membenarkan Abdul Rahman melihat isterinya dan berhasrat dgn yg mana satu utk diperisterikan (setelah diceraikan).

- balas Abdul Rahman kpd Saad adalah semoga Allah memberkati harta dan keluarga. Abdul Rahman tidak berkehendakkan harta mahupun isteri Saad. Dia hanya minta ditunjukkan jln ke pasar shj.

- ditunjukkan kpdnya pasar org Yahudi, bermula dr sifar. Hinggalah beberapa hari selepas itu dia bertemu Rasulullah, wajahnya nampak ceria dan seakan-akan meraikan sesuatu. Rasulullah bertanya "apa khabar (mahyam Ya Abdul Rahman)?". Jawab Abdul Rahman, aku baru berkahwin dgn seorg wanita Ansar. Bertanya Rasulullah berapa mahar yg diberikan. Balas Abdul Rahman adalah seketul emas sebesar biji tamar. Saran Rasulullah kpdnya utk membuat kenduri, walau dgn hidangan seekor kambing.

4) Sumbangan kpd Islam
- bersama dgn Rasulullah dlm setiap peperangan. Dlm perang Uhud dia cedera teruk, hingga tempang sedikit. Hinggalah Rasulullah wafat.
- selalu menginfakkan haryanya. Namun tidak dpt menandingi infak oleh Abu Bakar as-siddiq.
- byk hartanya diinfakkan kpd isteri² Rasulullah, selepas kewafatan Rasulullah.
- semasa zaman saidina Umar Al-Khattab, Abdul Rahman bin Auf membiayai haji yg dilakukan oleh saidina Aisyah.
- byk memerdekakan hamba².

5) Kehidupan
- Seorg yg zuhud, hingga org ramai tidak dpt membezakan antara pekerjanya  kerana dia tidak bermewah.
- mengumpulkan harta utk diinfak kpd ugama.

No comments: