Monday, September 17, 2018

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:34 hingga 37

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 17-Sep-2018

Surah Al-Baqarah Ayat 2:34 - 37


Ayat 2:34

A034


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.


- Ayat 2:35

A035


وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".


-Ayat 2:36

A036


فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".


(a) apbl berhenti pd wau sabdu dgn tanwin, maka bacaan adalah disabdukan wau tersebut dgn 2 harkat.
(b) bacaannya: " 'aduw wuu "
(c) hanya tanwin dikeluarkan, sementara sabdu dikekalkan.


- Ayat 2:37

A037


فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

- Allah beri kelebihan kpd manusia ie kebolehan utk memilih, antara keimanan dan kesesatan.

- Kita perlu meletakkan darjat tinggi ie dgn tidak hanya mengikut kata dan kehendak orang lain tanpa berfikir.

(a) Mengikut kata manusia adalah seorg berstatus hamba.

(b) Mengikut kata manusia tanpa berfikir menjadikan seseorg itu hina ie berstatus rendah darjatnya dari haiwan.

- Manusia perlu menggunakan akal (utk berfikir) dlm melakukan sesuatu perkara kerana diletakkan tanggungjawab ke atas setiap perbuatan dan percakapannya (yg akan dihisab dan ditimbang di Akhirat nanti).


- Adakah iblis itu asalnya malaikat?
Ada pendapat mengatakan ya, tetapi banyak pendapat mengatakan tidak, kerana:

(1) asal kejadian iblis (ie dr api) tidak sama dgn malaikat.

(2) sifat malaikat adalah taat dan patut kpd arahan Allah tidak membantah. Namun iblis bersifat menolak arahan dan perintah Allah.

- Allah pelihara dan tutup kekurangan kita  oleh kerana itu org lain memandang mulia kpd kita dan ingin berkawan dgn kita.

(a) Jangan mencari kelemahan org lain, sebaliknya carilah kelebihannya.

(b) Sentiasa mohon kpd Allah utk menjaga kita (jaga aib/kelemahan kita).

No comments: