Monday, December 17, 2018

Tiada Kehidupan Manusia Selain di Bumi

- kuliah Maghrib Isnin 17-Dis-2018

Kehidupan manusia adalah di bumi

- Surah Al-Araf Ayat 7:10


A010

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

- dlm ayat ini, Allah telah menetapkan kehidupan manusia adalah di bumi. Jika dibinakan kehidupan di planet selain bumi maka sia-sia sahaja usaha ini kerana di sana tidak disediakan kemudahan yg sesuai utk kehidupan manusia.

a) udara di planet lain seharusnya mengandungi gas yg kurang oksigen, maka mustahil utk ditemui kelembapan dan air.
b) daya graviti di planet lain juga tidak sama spt dibumi, menyebabkan bangunan sukar atau tidak boleh didirikan.
c) tiada gunung-ganang dan bukit-bukau di planet sana menjadikan ianya tidak stabil, berkemungkinan sering berlaku gempa bumi, atau sekurang²nya gegaran.

Gunung-ganang dijadikan utk memasak bumi, mengelak dari gempa bumi.


- Surah Al-Hijr Ayat 15:19

A019

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.


- Surah An-Nahl Ayat 16: 15

A015

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.

No comments: