Sunday, December 2, 2018

Tuntutan dalam Melaksanakan Tugas

- Kuliah Maghrib Ahad 2-Dis-2018

Tuntutan ke atas seorg muslim adalah utk melakukan ketaatan kpd Allah. Dia juga melakukan pekerjaan di dunia spt juga para Nabi melakukan pekerjaan dlm hayat mereka.

Surah At-Tahrim Ayat 66:6

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ)

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Tuntutan dlm melakukan kerja:
1) Bekerjasama - dlm melakukan tugas/pekerjaan maka kita mesti melakukan dlm konteks batas² hukum syarak.

2) Ikhlas - amalan kerja diniatkan adalah kerana Allah Taala. Jujur ie mematuhi peraturan² kerja.

3) Amanah - melaksanakan tanggungjawab yg diberikan.

4) Taati Ketua - melaksanakan arahan² ketua selagi tidak bercanggah dgn hukum syarak.

- Tanggungjawab seorg muslim itu akan ditanya oleh Allah pd hari Akhirat nanti.

Surah Al-Israa' Ayat 17:34

(وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۚ وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا)

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

- Gaji yg diterima akan ditanya.

- Apbl seorg itu merasa dirinya diperhatikan, maka dia melakukan sesuatu perkara itu dgn sebaik-baiknya. Bagi seorang muslim dia perlu meletakkan keadaan dirinya sentiasa diperhatikan dan diawasi oleh Allah dlm pekerjaannya, maka dia akan melakukan tugasnya dgn amanah, dan bertanggungjawab.

- Ihsan itu adalah enkau melaksanakan ibadah kpd Allah seolah-olah engkau melihat Tuhanmu, sekiranya tidak tampak, hendaklah merasakan Allah sedang memerhatikanmu.

- Amanah
- Tidak menggunakan jawatan yg diberi utk kepentingan diri. Sekiranya berlaku, maka ianya disebut khianak.

- Surah Al-Anfal Ayat 27

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

- Hadis: Rasulullah melantik seorang gabenor utk mengutip zakat. Apbl dia menyerahkan duit kutipan zakat kpd Rasulullah, dia serahkan hadiah ( menunjukkan hadiah yg diterimanya dr org yg membayar zakat kpdnya). Lalu Rasulullah berkata, apakah seseorang yg tinggal bersama ibu bapanya perlu mendapat hadiah? demi Allah - di mana aku di dlm genggamanNya - jika seseorang itu mengambil sesuatu yg bukan haknya, nanti pd hari Kiamat dia akan ditanya, membawa barang yg diterimanya.

a) seseorg yg dilantik melaksanakan tugas, tidak boleh menerima hadiah dlm melakukan tugas. Dlm konteks hari ini hadiah itu spt umpan atau rasuah.

Tidak berganjak kaki seorg lelaki selain dr setelah ditanya 4 perkara:
1. Umurnya
2. Masa
3. Harta
4. Ilmu

Surah Al-Kahfi Ayat 47

(وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الْأَرْضَ بَارِزَةً وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا)

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

No comments: