Saturday, January 26, 2019

Jasa Ulamak Dalam Sistem Kenegaraan

- us Mohd Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib Sabtu 26-Jan-2019

Jasa-jasa ulamak silam dalam mengukuhkan sistem kenegaraan di Malaysia

- Islam tiba di Nusantara pd zaman Umur Ibn Aziz (thn 99 hijrah). Dlm sejarah Arab, Islam telah di kembangkan ke  Asia pd zaman Saidina Usman Ibn Affan.

- dlm catatan sejarah Arab, kerajaan Sriwijaya menulis surat kpd khalifah Umar Abdul Aziz, supaya dihantarkan ulama utk mengajarkan Islam kpdnya dan negeri jajahannya.

- Raja Phra Ong Mahawangsa (kerajaan Langkasuka) menukar nama kpd Sultan Muzafar Shah setelah diIslamkan oleh ulama dari Yaman. Seterusnya nama kerajaan Langkasuka kpd kerajaan Kedah (Kedah Tua).

- Bangsa Arab yg lemah lembut adalah dr bangsa Yaman (disebutkan dlm hadis. Akan datang kpd kamu org Yaman, yg lembut hatinya).

- Yg mengIslam sultan Melaka adalah ulama ie Abdul Aziz.

- apbl raja memeluk Islam, kerajaan Melaka berubah dgn sgt maju.

- undang² Melaka dan undang² Laut Melaka menjadi simbol kpd perkembangan Islam.

- undang² Melaka menggunakan zina menunjukkan kefahaman Islam yg mendalam berkenaan ilmu fekah dan membuat undang². Ianya pula ditulis dlm tulisan jawi, menggunakan huruf² Arab. Penulisan mula undang² Melaka adalah Allah Al-Jabbar, menunjukkan kefahaman hukum tauhid, ie Al-Jabbar bermaksud Allah yg berkuasa dan berkuasa memaksa (perlaksanaan) hukum Islam.

Bukti Manuskrip Melayu
- org Melayu apbl dia faham Islam, maka dia membincangkan falsafah² aqidah. Kitab Ad-Darrul-Manzum dihasilkan pd zaman kerajaan Melaka merujuk kpd org² Melayu.

- manuskrip Melayu banyak terdapat di universiti di Leiden di Belanda, terdpt juga di universiti di London. Ada manuskrip Melayu yg ditemui di perpustakaan Vatican (ditemui oleh sejarawan Singapura).

- pulau penyengat di kepulauan Riau, juga menyimpan manuskrip Melayu. Namun manuskrip ini masih belum dikaji.

- kitab Perukunan, adalah sebuah kitab yg ditulis oleh ulamak Melayu berkenaan fardu ain. Kita ini ditulis oleh seorg ulamak Melayu dari Banjar Masin. Ianya menjadi panduan fardu ain. Kitab ini ditemui di Kemboja dan juga Filipina.

Kedatangan Portugis dan Tentangan dr Orang Melayu
- pd zaman awal kedatangan Portugis, mereka tidak mempunyai teknologi yg hebat berbanding kerajaan Melaka. Satu contoh kapal org Portugis kecil ie Flor De La Mar (replikanya di Bandar Hilir Melaka). Dlm catatan Portugis, jong² org Melayu, menghimpit kapal org Portugis dan pelayar Portugis memanjat jong kerajaan Melaka utk dibawa ke darat.

- jika tidak kerana pembelotan segelintir org Melayu, Portugis tidak akan berjaya menawan/menjajah pelabuhan Melaka.

- Dlm tempoh dari 1511 - 1641 (130 thn) Portugis tidak berjaya memasuki kerajaan Melaka. Pd 1820-an Portugis juga menakluki pelabuhan Batavia. Di Melaka Portugis mendapat tentangan hebat dr rakyat Melaka,  Portugis tidak berjaya mengembangkan taklukan ke tengah Melaka, hanya di sekitar pelabuhan Melaka sahaja.

- Di Batavia serangan hebat dari org Melayu ke atas Portugis diketuai oleh Sultan Iskandar Muda. Setelah berjaya menewaskan Portugis di pelabuhan Batavia, Sultan Iskandar Muda  membawa 360 kapal menyerang Portugis di Melaka. Dlm perang ini Sultan Iskandar Muda tidak menang.

- org Kedah, 1820-an kerajaan Kedah berperang dgn Francis Light. Kerajaan Kedah juga di serang oleh kerajaan Burma, dan Siam.

Kejatuhan Kerajaan Kedah kpd Kerajaan Siam
- Datang ramai tentera Siam ke Kota Kuala Kedah, ketua mereka berunding dgn pembesar² Kedah. Pada masa rundingan berlaku tentera Siam menyelinap ke bandar dan menuangkan timah vair dlm meriam² tentera Kedah. Hingga tidak dapat berfungsi lagi.

Selepas itu tentera² Siam memasuki Kedah dan membunuh org Kedah dgn kejam dan zalim. Org Kedah lari dan menyorok dlm hutan, atau membawa diri jauh dari kerajaan Kedah.

- Sheik Abdul Samad mengumpulkan semula org Kedah dan membentuk panji hitam tiga segi dan dituliskan 7 ayat dr surah Al-Fattah. Selepas itu semangat org Melayu Kedah bangkit dan berjaya menumbangkan kerajaan Siam dlm thn 1845.

Islam dalam Budaya hidup
- Amalan wirid selepas solat disusun oleh ulamak Melayu dan kini boleh ditemui di rantau Nusantara. Selawat semasa solat tarawikh juga dibudayakan dlm Nusantara. Begitu juga amalan tahlil, berkhatan.

Begitu juga rekabentuk rumah adanya ruang utk hadirin lelaki (serambi) dan juga hadirin perempuan (rumah ibu dan dapur). Rumah² Melayu tersorok tandas dan dapur dari pandangan dari serambi.

- dlm amalan bermasyarakat adalah setiap org Islam akan membangunkan surau/masjid utk berjemaah, dan urusan² keIslaman.

- Hakikatnya ulamak memainkan peranan utama dlm merangka dan mengukuh Islam dlm perundangan negara.

No comments: