Monday, January 21, 2019

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:55 hingga 57

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 21-Jan-2019


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:55

A055

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:56

A056

ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.


- Surah Al-Baqarah Ayat 2:57

A057

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

- "Mann" merujuk kpd makanan.
- "Salwa" merujuk kpd burung salwa.

- kisah Bani Israel meminta kpd Nabi Musa supaya dibawakan Allah kpd mereka secara jelas ("jahroh") barulah mereka mahu beriman dgn ajaran yg dibawa oleh Nabi Musa.

- "Lan" membawa maksud org yahudi bila² pun (dari dulu, sekarang hingga kiamat).

- Allah hantarkan petir dan menyambar org² yahudi hingga mati.

Ada 2 riwayat ie
(i) semua org yahudi itu mati disambar petir dan kemudiannya dihidupkan semula.
(ii) sebahagian org yahudi disambar petir dan sebahagiannya tidak mati.
Pendapat yg mahsyur adalah yg (i) supaya mereka yg dihidupkan semula itu beriman kpd Allah. (Namun mereka masih tidak mahu beriman dgn ajaran yg dibawa oleh Nabi Musa).

- Apbl disampaikan ayat ini kpd kaum yahudi di Madinah, mereka tidak menafikan kerana, kisah moyang mereka itu diceritakan turun-temurun. Jika Muhammad seorg yg pandai membaca tentulah dia telah baca kisah itu dr mana² penulisan. 

Peliknya Muhammad tidak pandai membaca, dari mana Muhammad mengetahui kisah² org yahudi. Sedikit shj org yahudi yg beriman kpd Nabi Muhammad kerana yakin dgn ajaran kitab, dan mengakui Nabi Muhammad adalah nabi yg diceritakan dlm kitab Taurat.

- kaum bani Israel ini dilayan oleh Allah, Allah beri mereka makanan "mann" dan "salwa" namun masih tidak mahu beriman dgn ajaran yg dibawa oleh Nabi Musa.

Kenapa bani Israel tidak beriman setelah diberikan dan dilayan segala permintaan mereka?
- disebabkan oleh fitrah kemanusiaan telah lenyap kerana terlalu lama di bawah pemerintahan zalim firaun.

No comments: