- kuliah Maghrib Isnin 8-Jul-2019
Solat sunat Dhuha dan Tasbih
(1) Solat sunat Dhuha
Sabda Rasulullah, jangan tingalkan solat sunat Dhuha pada setiap hari.
- Disunatkan bacaan surah utk solat sunat Dhuha, ie selepas bacaan Fatihah:
- (a) pd rakaat pertama, surah As-Syam.
- (b) pd rakaat ke2 dibaca surah Ad-Dhuha
namun jika mengejar masa/waktu, baca Fatihah shj (tanpa diikuti dgn bacaan surah).
Jika dilakukan lebih dari 2 rakaat, maka apa² surah boleh dibaca selepas bacaan Fatihah pd rakaat ke 3, 4..., 8.
- Jumlah rakaat paling banyak utk solat Dhuha adalah 8 rakaat.
- Solat Dhuha juga disebutkan sebagai salah satu solat Awwabin (ie yg suka kembali kpd Allah).
- Org yg mengerjakan solat sunat Dhuha dicatatkan juga sebagai org yg tidak lalai mengingati Allah).
Antara waktu terbit matahari hingga gelincir matahari adalah kerana manusia terlalu bertungkus-lumus mencari sara hidup.
Waktu antara Maghrib dan Isyak, adalah waktu manusia kembali ke rumah utk mengemas diri dan makan malam.
Sekiranya kamu puasa siang hari, dan kamu sibukkan berbuka dgn makanan kamu, hingga kamu lalaikan mengingati Allah, maka adalah lebih baik kamu tidak berpuasa.
(2) Solat sunat Awwabin
- Solat sunat Awwabin, selepas Maghrib, lakukan 2 rakaat solat sunat Maghrib, kemudian diikuti dgn 2 rakaat sunat Awwabin.
(3) Solat sunat Tasbih
- Solat tasbih dikerjakan dgn 4 rakaat dgn sekali salam (jika dilakukan pd waktu siang). Lakukan 4 rakaat dgn 2 kali salam, jika dilakukan pd sebelah malam.
Fadhilat solat tasbih adalah diampunkan dosa yg lalu dan dosa akan datang.
Kerjakanlah solat sunat tasbih itu sehari sekali, atau sekali pd hari Jumaat, atau sebulan sekali, atau setahun sekali.
- Hebatnya solat sunat tasbih ini besar fadhilatnya.
- cara melaksanakan solat sunat tasbih (4 rakaat dgn 2 salam):
- rakaat pertama: mula² baca doa Iftitah, baca 15x tasbih. Baca surah Fathihah hingga amin,diikuti baca surah. Selepas surah baca tasbih 10x.
Selepas Rukuk baca tasbih 10x, selepas Iktidal baca 10x, selepas Sujud baca 10x, selepas Duduk antara 2 sujud baca 10x, selepas Sujud ke² baca 10x. (Jumlah =75x tasbih). - rakaat kedua: sebelum membaca Fatihah, mulakan baca tasbih 15x, selepas bacaan Fatihah dan diikuti bacaan surah baca tasbih 10x, dan diikuti yg sama spt rakaat pertama (Jumlah 75x tasbih).
- Bacaan tasbih = Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.
Pd setiap rakaat ada 75 tasbih. Jumlah 300 tasbih pd setiap 2 rakaat solat sunat itu.
Afdalnya, baca tasbih spt solat yg biasa dlm setiap rukun solat, kemudian dituruti dgn bacaan 10x tasbih.
Waktu antara Maghrib dan Isyak adalah waktu yg istimewa. Maka penuhkan waktu itu dgn mengingati Allah.
- Makhruh tidur di antara waktu Maghrib dan Isyak, kerana ia adalah amalan kaum yahudi.
Nota tambahan:
Hadis berkaitan solat sunah dhuha:
- Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : “kekasihku (Muhammad saw.) mewasiatkan kepadaku dengan puasa tiga hari setiap bulan serta dua rakaat Dhuha, dan aku mengerjakan salat Witir sebelum aku tidur.” [HR Bukhari dan Muslim]
- Dari Abu Dzar ra, dari Nabi saw, beliau bersabda : “Setiap pagi, masing-masing ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Dan setiap tasbih adalah sedekah. Setiap bacaan tahmid adalah sedekah. Setiap bacaan tahlil adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Kesemuanya itu dapat diganti dengan dua rakaat Dhuha.” [HR Muslim]
- Dari ‘Aisyah ra, ia berkata : “Biasanya Rasulullah saw. melakukan shalat Dhuha empat rakaat dan beliau menambah sekehendak Allah.” [HR Muslim]
- Dari Ummu Hanik (Fakhitah) binti Abu Thalib ra, ia berkata: “Pada penaklukan kota Makkah saya datang kepada Rasulullah saw. dan saya dapatkan beliau sedang mandi. Ketika telah selesai mandi, beliau salat sunnat delapan rakaat. Salat itu adalah salat Dhuha.” [HR Bukhari dan Muslim]
No comments:
Post a Comment