Sunday, April 17, 2022

Penyakit umat terdahulu

- us Fazli bin Hassan Kuliah Maghrib Ahad 30-Jul-2017

Penyakit umat terdahulu

- Allah suka kpd hambanya yg suka menyucikan dirinya, bertawakal kpdNya, berasa takut melakukan kemaksiatan kpdNya.

- Islam memandu kita kpd perkara dunia dan ukhrawi, dan apbl kita mengikuti ke2-2nya maka kita dirahmati oleh Allah, dilengkapkan kehidupannya dunianya dan diganjarkan dgn kebaikan dan syurga di akhirat.

- Rasulullah khuatir umatnya akan terkena penyakit umat² terdahulu. Apbl ditanya oleh para sahabat, baginda Rasulullah menjelaskan:

(1) banyak berseronok berbanding mengingati Allah.
  • befoya², mabuk, menghabiskan masa dgn perkara yg sia-sia.
(2) manusia yg hidup terlalu mewah
  • beriya-iya hendak mengejar kemewahan dunia, utk menunjuk-nunjuk.
  • manusia sebegini dikhuatiri menjurus diri kpd rasuah, berlaku riak.
(3) manusia yg sibuk mengumpul harta
  • dikhuatiri lagi byk harta akan menjadikan kita kikir utk melakukan derma dan mengeluarkan zakat.
(4) manusia yg menipu demi mendapatkan/mengumpulkan harta
  • org zaman jahiliyah mengamalkan penipuan, curi, rampas, ugut, rasuah.
  • org yg mencuri akan kendong/bawa harta yg dicuri utk dipulangkan kpd pemiliknya.

Surah Ali Imram Ayat 3:161

(وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَغُلَّ ۚ وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ)

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

(5) ada hasad dengki hingga berlaku zalim kpd org lain
  • Allah suka 3 perkara dan benci 3 perkara. 3 perkara yg Allah suka adalah:
dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya, Allah menyukai tiga perkara darimu, dan membenci tiga perkara lainnya. Dia menyukai tiga perkara darimu, yaitu
(i) hendaklah kamu menyembah Allah dan jangan menyekutukannya dengan sesuatu pun,
(ii) hendaklah kamu berpegang teguh kepada agama Allah, dan
(iii) janganlah kamu berpecah belah.

Dan Dia membenci tiga perkara darimu, yaitu
(i) kabar angin,
(ii) banyak bertanya, dan
(iii) membuang buang harta."


No comments: