Monday, April 18, 2022

Tadabbur Surah Al-Mulk Ayat 67:20 hingga 25

- us Hasnan Kasan kuliah Asar Sabtu 16-Apr-2022 (14 Rahadhan 1443H)

Tadabbur Surah Al-Mulk Ayat 67:20 hingga 25

Ayat 67:20 (klik sini utk paparan ayat)

{ أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ جُندٞ لَّكُمۡ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ ٱلرَّحۡمَٰنِۚ إِنِ ٱلۡكَٰفِرُونَ إِلَّا فِي غُرُورٍ }

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

- Allah perkenalkan diriNya dlm surah² Makkiah adalah sebagai Ar-Rahman.

- Org² yg ingkar berada dlm keadaan tertipu. Cthnya:
  • a) riba dikatakan sebagai sumber ekonomi negara.
  • b) perkara lagha dikatakan sebagai sumber pendapatan negara.

- Org² yg ingkar sama sifatnya spt disebutkan keadaan firaun dlm Surah Yunus.

Surah Yunus Ayat 10:90 (klik sini utk paparan ayat)

{ ۞وَجَٰوَزۡنَا بِبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُۥ بَغۡيٗا وَعَدۡوًاۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَكَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱلَّذِيٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٰٓءِيلَ وَأَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ }

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".

- Dlm keadaan terdesak, manusia mengaku hanya Allah shj yg mampu memberikan bantuan menyelamatkan dia dari mati.

- Kenapa firaun kata dia hendak menjadi org Islam?. Sbb sebelum itu Nabi Musa sudah berdakwah memujuk umatnya termasuk firaun utk taat kpd Allah; rujuk surah Yunus ayat ke-84.

Surah Yunus Ayat 10:84 (klik sini)

{ وَقَالَ مُوسَىٰ يَٰقَوۡمِ إِن كُنتُمۡ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ فَعَلَيۡهِ تَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّسۡلِمِينَ }

Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".

Dlm keadaan bebas (ie dlm keadaan senang, tidak terdesak, tidak ditimpa musibah, tidak tersepit) orang-orang yg ingkar tidak ingatkan Allah. 
  • Org² yg ingkar juga adalah org² yg menolak Al-Quran.
  • Org² yg ingkar bukan hanya orang yg bukan Islam (spt kristian, yahudi, hindu, budha, etc) tetapi juga org Islam ie org Islam yg menolak hukum Al-Quran, tidak mahu melaksanakan perinta Allah juga tidak mahu meninggalkan larangan Allah.
  • Org² yg ingkar adalah mereka yang tertipu dlm kehidupan dunia.

Sifat org² yg tertipu adalah apbl berada dlm keadaan tersepit, maka dia akan memohon kpd Allah.


Ayat 67:21 (klik sini)

{ أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّواْ فِي عُتُوّٖ وَنُفُورٍ }

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

Org² ingkar akan berterusan menyombongkan diri. Bila berada dlm majlis ilmu dia resah-gelisah.

Semak pd Surah Yunus Ayat 7 dan 8, org² yg ingkar itu adalah yg tidak yakin kpd Hari Kiamat.

Surah Yunus Ayat 10:7 (klik sini)

{ إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا وَرَضُواْ بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَٱطۡمَأَنُّواْ بِهَا وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنۡ ءَايَٰتِنَا غَٰفِلُونَ }

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -

Ayat 10:8 (klik sini)

{ أُوْلَٰٓئِكَ مَأۡوَىٰهُمُ ٱلنَّارُ بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ }

Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.


Ayat 67:22 (klik sini)

{ أَفَمَن يَمۡشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجۡهِهِۦٓ أَهۡدَىٰٓ أَمَّن يَمۡشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ }

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?


Ayat 67:23 (klik sini)

{ قُلۡ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
  • pancaindera iman ie hati, mata & telinga bila tidak digunakan dgn betul utk taat kpd Allah, maka balasannya neraka. Rujuk Surah Al-Araf Ayat 179. 
Surah Al-Araf Ayat 7:179 (klik sini)

{ وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ }

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.


Ayat 67:24 (klik sini)

{ قُلۡ هُوَ ٱلَّذِي ذَرَأَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ }

Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".

  • "tuh syarun" ayat passive ie pasti kita semua akan dihimpunkan di Padang Mahsyar utk timbangan amal.
  • bila dihimpunkan di Padang Mahsyar, kita akan dibentangkan buku amalan, yg dicatatkan oleh Malaikat. 
  • Malaikat Raqib (berada di sebelah kanan) tugasnya mengawas, manakala Malaikat Atid (berada di sebelah kiri) tugasnya sedia mencatit segala amalan kita.
Rujuk Surah Kaf Ayat 50:17 (klik sini)

{ إِذۡ يَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِيدٞ }

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

- org² yg terima buku amalannya dgn tangan kanan, mereka akan berbangga dan menunjukkan kpd org² disekitarnya, supaya mereka membaca catatan amalannya.

Surah Al-Haqqah Ayat 69:19 (klik sini)

{ فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَٰبِيَهۡ }

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!


Ayat 67:25 (klik sini)

{ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"

Bersambung di kuliah yg lain.


Nota kuliah berkaitan: 

No comments: