- us Muhammad Sabir kuliah Suboh Ahad 17-Dis-2023
Mencintai Mati
- Org beriman itu mencintai kematian kerana kematian mendekatkan dirinya kpd Allah.
- Hadis: Dari 'Ubadah bin as-Shamit, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk menemuinya." Siapa yang benci untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci untuk bertemu dengannya." Lalu 'Aisyah atau salah seorang isteri Nabi yang lain berkata: "Kami memang benci untuk mati." Nabi berkata: "Bukan begitu! Tetapi seorang yang beriman, kalau kematian telah datang kepadanya, maka ia diberi berita gembira dengan keredhaan dan kemurahan Tuhan. Maka tidak ada yang lebih disenanginya selain dari apa yang di depannya (akan diperolehnya). Kerana itu, ia cinta untuk menemui Allah dan Allah cinta pula untuk bertemu dengannya. Sedangkan orang yang kafir kalau telah didatangi kematian, maka ia diberi berita tentang seksaan dan hukuman Allah. Kerana itu tidak ada yang lebih dibencinya dari apa yang di depannya (akan ditanggungkannya). Ia benci bertemu dengan Allah, dan Allah benci pula bertemu dengannya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1748]
- Surah Ali Imran ayat 3:185 (klik sini)
{ كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ }
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
- Harta dunia menyebabkan manusia bergaduh, kerana cintanya kpd kehidupan.
- Cara utk menimbulkan rasa cinta kpd kematian:
- 1) Ziarah org sakit - kita akan menghargai nikmat kesihatan.
- 2) Ziarah org mati -
- 3) Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan
- Dari Al Bara' bin' Ab r.a., katanya, "Rasulullah saw. memerintahkan kepada kami tujuh perkara yang melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan: (1) Mengunjungi orang sakit. (2) Menziarah jenazah. (3) Mendoakan orang bersin. (4) Menepati sumpah. (5) Menolong orang yang teraniaya. (6) Memenuhi undangan. (7) Menyebarluaskan salam. Beliau melarang : (1) Memakai cincin emas, (2) Minum dari bejana perak, (3) Memakai seperai sutera, (4) Memakai sutera campur katun, (5) Memakai sutera biasa. (6) Memakai sutera tebal, (7) Memakai sutera kembang." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1974]
- Apbl jenazah telah siap dikafankan dan dibawa ke masjid/surau maka ianya boleh disolatkan pada bila² masa.
- AJK badan khairat atau AJK masjid/surau perlu benarkan org² yg hadir ziarah jenazah itu utk solat jenazah sebelum dari waktu yg dijadualkan solat jenazah. Pahala solat jenazah adalah sebesar bukit Uhud.
- benarkan org yg hadir ziarah itu utk solat jenazah kerana mungkin mereka ada urusan tertentu, contoh perlu masuk semula ke pejabat.
- Hadis berkaitan:
- Dari 'Aisyah r.a., Rasulullah saw. kalau pergi mengunjungi orang sakit, atau kalau orang sakit dibawa kepada beliau, maka beliau selalu berdoa: "Hai Tuhan manusia! Hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah ia! Engkaulah yang mampu menyembuhkan. Kesembuhan itu hanya kerana Engkau menyembuhkan kesembuhan yang menghilangkan penyakit." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1661]
No comments:
Post a Comment