Wednesday, December 27, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:84 hingga 85

- us Dr. Muhammad Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 27-Dis-2023

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 2:84 hingga 85

Surah Al-Baqarah ayat 2:84 (klik sini)
{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِيثَٰقَكُمۡ لَا تَسۡفِكُونَ دِمَآءَكُمۡ وَلَا تُخۡرِجُونَ أَنفُسَكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ ثُمَّ أَقۡرَرۡتُمۡ وَأَنتُمۡ تَشۡهَدُونَ }

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

- Org yahudi membuat perjanjian dgn Allah tidak berbunuhan sesama mereka.
- "menumpahkan darah" bermaksud berbunuhan dlm jumlah yg banyak. Bukan bermaksud membunuh satu nyawa manusia.
  • Ini sikap org² yahudi, dan kita dpt lihat sikap mereka dlm peperangan di Palestine dgn pembunuhan beramai-ramai yg dilakukan oleh Israel. Mereka bukan membunuh tentera, sebaliknya rakyat Palestine, wanita, kanak-kanak dan org tua.
- Surah Al-Baqarah ayat 2:85 (klik sini)
{ ثُمَّ أَنتُمۡ هَٰٓؤُلَآءِ تَقۡتُلُونَ أَنفُسَكُمۡ وَتُخۡرِجُونَ فَرِيقٗا مِّنكُم مِّن دِيَٰرِهِمۡ تَظَٰهَرُونَ عَلَيۡهِم بِٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَإِن يَأۡتُوكُمۡ أُسَٰرَىٰ تُفَٰدُوهُمۡ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيۡكُمۡ إِخۡرَاجُهُمۡۚ أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ ٱلۡكِتَٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٖۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفۡعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمۡ إِلَّا خِزۡيٞ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلۡعَذَابِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ }

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

- فَرِيقٗا (farik) bermaksud mengusir keluar.

- Allah turunkan kitab Taurat kepada Bani Israel dgn peraturan di dalamnya menetapkan antaranya adalah:
  1. dilarang berbunuhan dan menumpahkan darah
  2. dilarang mengusir kumpulan yg kalah
  3. dilarang menolong org yg melakukan kerosakan
  4. apbl ada ahli kaum yahudi yg ditawan, maka dia perlu ditebus.
  • Dalam keadaan tersepit org yahudi sangat menuntut supaya tawanan² mereka dibebaskan dari tahanan Hamas. Tetapi bila tiada nilai pada tawanan mereka membunuh seramai-ramai orang² Palestine (juga tentera mereka yang ditawan). Penduduk Palestine terdiri dari Islam dan Kristian, pada Israel semua warga Palestine mesti dibunuh.

- Allah menegur org² yahudi kerana mereka beramal pd sebahagian Taurat dan meninggalkan sebahagian yg lain. Mereka menebus tawanan perang berbangsa yahudi yg telah mereka tawan sebagai mematuhi Taurat, tetapi mereka melanggar Taurat dgn berbunuhan dan mengusir kumpulan yg kalah dlm peperangan kumpulan yg kalah itu adalah bangsa yahudi juga tetapi berlainan kaum.

- 3 kaum yahudi di Madinah:
  1. Qainuqak, mereka berkawan baik dgn kaum arab khuraizah
  2. Aus dan
  3. Khazraj
- Mereka (org² yahudi Madinah) berperang sesama mereka dgn membuat gabungan dgn kaum lain. 


No comments: