Wednesday, June 24, 2026

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:258 hingga 260

- us Dr Zawawi bin Ismail kuliah Mahgrib Rabu 24-Jun-2026

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:258 hingga 260

Nabi Ibrahim as vs Raja Namrud
Numrud disebutkan dlm beberapa riwayat bhw Raja Namrud adalah cicit kpd Nabi Nuh.
Namrud bin Kanʻān bin Kush bin Ham bin Nuh
Namrud adalah keturunan ke-5 dari Nuh dan dideskripsikan sebagai raja di negeri Shinar (Mesopotamia/Babilonia) yang berkuasa selama 400 tahun.

Surah Al-Baqarah ayat 2:258 (klik sini)
{ أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِي حَآجَّ إِبۡرَٰهِـۧمَ فِي رَبِّهِۦٓ أَنۡ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ رَبِّيَ ٱلَّذِي يُحۡيِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحۡيِۦ وَأُمِيتُۖ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِي بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِهَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِي كَفَرَۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ }

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

- "إِبۡرَٰهِـۧمَ" bacaan ayat ini adalah Ibrahim dgn 2 harkat pd "him" walaupun tiada huruf "ya". Mengapa pd ayat ini shj ejaan Ibrahim tiada huruf "ya". Adalah kerana panggilan org² yahudi kpd nabi Ibrahim adalah "Abraham".

- Dari sudut kebijaksanaan, firaun lebih bijak berbanding raja Namrud. Namun dari sudut kekuasaan Allah berikan raja Namrud lebih berkuasa berbanding firaun.

- Keturunan bani yahudi berasal dari Mesopotamia/Babilonia, ibu/nenek² mereka berasal dari sana.

Surah Al-Baqarah ayat 2:259 (klik sini)
{ أَوۡ كَٱلَّذِي مَرَّ عَلَىٰ قَرۡيَةٖ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحۡيِۦ هَٰذِهِ ٱللَّهُ بَعۡدَ مَوۡتِهَاۖ فَأَمَاتَهُ ٱللَّهُ مِاْئَةَ عَامٖ ثُمَّ بَعَثَهُۥۖ قَالَ كَمۡ لَبِثۡتَۖ قَالَ لَبِثۡتُ يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٖۖ قَالَ بَل لَّبِثۡتَ مِاْئَةَ عَامٖ فَٱنظُرۡ إِلَىٰ طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمۡ يَتَسَنَّهۡۖ وَٱنظُرۡ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجۡعَلَكَ ءَايَةٗ لِّلنَّاسِۖ وَٱنظُرۡ إِلَى ٱلۡعِظَامِ كَيۡفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكۡسُوهَا لَحۡمٗاۚ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُۥ قَالَ أَعۡلَمُ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

- "عُرُوشِهَا" atas atap, bermaksud keadaan yg sudah sgt lama. Apabila sebuah bangunan ditinggalkan lama, atap runtuh, lama kemudian dinding² bangunan roboh menimpa atap yg telah lama jatuh itu.

- "مِاْئَةَ عَامٖ " 100 tahun. "عَامٖ" merujuk kpd tahun.
- Ibnu Kathir menjelaskan bahawa Allah menyebut kisah ini sebagai contoh kedua untuk membuktikan kekuasaan-Nya menghidupkan dan mematikan, dimana Uzair dimatikan utk tempoh 100 tahun.

- Di akhir ayat ini, kita yakin atas dasar ilmu.

- Uzair dimatikan oleh Malaikat Izrail kerana berdebat dengan Allah tentang kuasa Allah menghidupkan kembali negeri yang telah hancur. Konteksnya adalah ketika Uzair melalui Baitul Maqdis yang runtuh dan berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Ini menyebabkan Allah mematikan Uzair sebagai ujian untuk membuktikan kuasa-Nya.

Allah memberikan bukti makanan dan minuman yang tidak berubah (masih berkeadaan elok walau pun sudah 100 tahun) serta tulang keldai yg bersepah kerana keldai yg ditungggang Uzair telah mati dan telah 100 tahun berlalu. Uzair melihat tulang keldai yang bersepah kemudian disusun dan dibalut dengan daging, yang membuktikan kuasa Allah menghidupkan yang telah mati

- Tujuan Uzair dimatikan adalah agar Allah menjadikan Uzair sebagai tanda (Ayat) bagi umat manusia. Dalam ayat 2:259 ini, Allah berfirman: "Dan agar Kami jadikan engkau tanda bagi umat manusia." Ini adalah untuk membuktikan kuasa Allah menghidupkan yang telah mati.

Surah Al-Baqarah ayat 2:260 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ رَبِّ أَرِنِي كَيۡفَ تُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰۖ قَالَ أَوَلَمۡ تُؤۡمِنۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطۡمَئِنَّ قَلۡبِيۖ قَالَ فَخُذۡ أَرۡبَعَةٗ مِّنَ ٱلطَّيۡرِ فَصُرۡهُنَّ إِلَيۡكَ ثُمَّ ٱجۡعَلۡ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٖ مِّنۡهُنَّ جُزۡءٗا ثُمَّ ٱدۡعُهُنَّ يَأۡتِينَكَ سَعۡيٗاۚ وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ }

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Ayat 2:260 surah Al-Baqarah adalah ayat yang menjelaskan permintaan Nabi Ibrahim as untuk melihat kuasa Allah menghidupkan yang telah mati. Ini adalah permintaan yang berbeza dari perdebatan dengan Raja Namrud dalam ayat 2:258. Dalam ayat 2:260, Nabi Ibrahim tidak berdebat tetapi meminta sesuatu untuk menenangkan hati. Ianya adalah permintaan untuk menyaksikan bukti nyata kuasa Allah, bukan karena nabi Ibrahim ragu atau tidak percaya


No comments: