Wednesday, July 6, 2011

Perkahwinan - bab Talak

- Us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib Selasa 21 Jun 2011 (** catatan kuliah)

1. Pengertian Talak
a) Dari sudut bahasa adalah membuka.
b) pengertian dari sudut syariat adalah membuka ikatan perkahwinan dgn lafas talak dan seumpamanya.

-Dalil: Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 , Talak itu 2 kali (ie cerai pertama buleh dirujuk, cerai ke2 juga buleh dirujuk. Cerai k3 tidak buleh dirujuk).

A229

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah Ayat 2:229) 


-Dalil ke-2: Surah At-Talak Ayat 65:1.

A001

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). (At-Talak Ayat 65:1)


-dlm ijmak (kesepakatan para ulamak): Allah tlh mensyariatkan talak.
-terjadinya ijmak adalah terdpt penjelasan yg jelas dlm Al-Quran atau melalui hadis2 Nabi. Para ulamak kesmuanya bersetuju dan bersefahaman ttg sesuatu perkara/syariat.


2. Jenis-jenis Talak
2.1 Talak as-soheh wal khinayah (yg jelas dan yg tidak jelas).

(a) yg jelas(soheh) iaitu penggunaan perkataan yg jelas maksudnya terhdp talak. Kata2 yg diucap tidak mengandungi maksud2 lain.
 --> Cth: " saya ceraikan awak dgn talak 1."

(b) khinayah/samar2/tidak jelas iaitu menggunakan lafas talak selain dr perkataan talak.
 --> Cth: "saya membebaskan awak."
 - sekiranya niat suami bukan bermaksud talak/cerai maka ia tidak membawa maksud talak.

(c) Hukum
 - Talak yg menggunakan lafas yg jelas maka ianya berlaku serta-merta, sama ada suami mempunyai niat atau tidak (spt bergurau).
 - sabda Nabi: 3 perkara yg jika dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, maka perkara tersbt berlaku secara betul iaitu (1) pernikahan (2) talak (3) rujuk.

(d) Rujuk dlm temph edah tidak memerlukan persetujuan wanita.


2.2 Talak mengikut sunnah dan yg tidak mengikut sunnah.
(a) Mengikut sunnah: suami melafaskan talak dlm keadaan isteri yg dlm berkeadaan suci. Amat sukar mendpt keadaan ini.

(b) Tidak mengikut sunnah: Talak dlm keadaan isteri dlm keadaan haid, nifas, atau setelah disetubuhi dan masih belum suci.


2.3 Tidak mengikut sunnah dan tidak pula bidaah
(a) Bercerai sebelum isteri belum baligh, atau menceraikan isteri yg dlm keadaan hamil yg kurang jelas, atau dlm keadaan isteri yg belum disetubuhi.

(b) Talak yg bidaah, si suami berdosa mentalakkan isterinya dlm keadaan ini. Disunatkan si suami utk rujuk semula isterinya.

-Allah mengharamkan talak yg bidaah ini, kerana talak tersbt memanjangkan temph edah wanita.

-hukum kpd talak yg jenis ke3, tidak haram kerana tidak membawa kemudaratan.
 --> Cth: talak kpd isteri yg belum disetubuhi.

2.4 Talak biasa dan talak khuluk
(a) Talak biasa = perceraian yg berlaku kerana keinginan suamai (sama spt talak sunnah, juga hukumnya sama spt talak sunnah).

(b) Talak khuluk = perceraian di tangan isteri, iaitu keinginan talak adalah dr pihak wanita yg bersungguh2. - Islam mensyaratkan wanita tsbt perlu mengembalikan mahar yg diberikan oleh suami sewaktu pernikahan. Kemudian si suami melafaskan talak secara jelas talak tersbt.

-kisah: sepasang suami isteri yg mana si isteri menyatakan yg suaminya tidak mempunyai apa2 kekurangan tetapi dia sudah tidak ingin bersama suaminya lagi. Rasulullah mengarahkan wanita tsbt memulangkan semula mahar (ketika pernikahan mereka ie buah tamar).

-Tidak berlaku khuluk kiranya wanita itu tidak waras.

-Tiada rujuk dlm edah utk talak khuluk. Jika hendak bernikah semula maka ianya spt nikah biasa.


2.5 Fasakh
(a) Mahkamah memisahkan pasangan suami isteri hingga siasatan selesai, spt utk sahkan wali sewaktu pernikahan, sahkan status perkahwinan, etc.


3. Syarat-syarat Talak
(i) Sabitnya pernikahan.

(ii) Dia (suami) berada dlm akal yg sempurna, bukan sewaktu mengigau, atau suami yg belum baligh (utk kes suami isteri yg dinikahkan oleh keluarga mereka sewaktu mereka masih kanak2). Mabuk yg tidak sengaja spt terlalu byk makan tapai atau ubat atau dipaksa minum arak.

- dlm mazhab Syafiee, suami yg sengaja minum arak dan kemudian melepaskan talak, maka jatuh hukum talak, kerana dia sengaja memabukkan diri.


4. Lain2 hal
(a) Talak bagi org yg main2
- Jatuh talak bagi org yg berlakun atau bermain2 sekiranya dia tidak dipaksa, atau gurauannya tidak diterima sebagai keuzuran (mabuk kerana tidak sengaja).

No comments: