Saturday, July 30, 2011

Ramadhan

- Us Zainol Kuliah Subuh Sabtu 30 Julai 2011(**catatan kuliah)

4 ciri org yg bertakwa:
1) takutkan Allah;
- spt tidak curi2 mkn di bln Ramadhan, kerana dia takutkan Allah, walau dlm keadaan dia berseorangan.
2) dia beramal dgn apa yg diturunkan;
- sentiasa belajar, mempelajari dan mendalami ilmu ugama, dgn itu seseorg itu akan dpt melaksanakan sesuatu amalan mengikut sunnah, dan bukannya secara ikutan atau budaya.
3) bersedia utk bertemu Allah;
- dia lebih ingatkan hal kematian dan hari akhirat berbanding kesenangan dunia.
4) redha dgn pemberian/kurnia Allah;
- redha dgn kejadian fizikal, sebaliknya utk rezeki, anak dan harta maka manusia mesti berusaha dgn bersungguh-sungguh.

- syaitan mengganggu manusia utk beramal dgn cara menggerakkan askar2 dr golongan jin dan manusia, cth sewaktu hendak melakukan ibadat, ada panggilan tel dr kawan lama, mengakibatkan sesorg itu membatalkan niat/tujuan asal sesorg itu utk beramal.
- syaitan tlh diciptakan awal dr manusia (Nabi Adam), maka syaitan mempunyai ilmu menipu yg tinggi utk memperdaya manusia atau memasuki salur2 darah manusia utk melalaikan sesorg dr mengingati atau mendekatkan diri kpd Allah.
- selalu mengingati Allah, maka Allah akan memberi kekuatan kpd hambaNya.

Apbl masuk bln Ramadan pintu2 syurga/rahmat, ditutup pintu2 nereaka dan dibelenggukan syaitan.

-Brgsiapa yg melakukan satu kebaikan maka pahalanya spt amalan fardu.
-Brgsiapa melakukan perkara yg fardu maka digandakan 70 kali amalan tsbt.
-Brgsiapa yg memberi minum kpd org yg berpuasa maka di akhirat nanti akan diberikan minum dr telaga al-kautsar yg mana dia tidak akan haus selamanya.
-Brgsiapa yg di dunia ini tidak beramal spt dlm ucapannya "la ila ha illallah", maka di akhir hayatnya dia tidak dpt mengucapkan kalimah "la ila ha illallah".
-Brgsiapa yg takutkan Allah di dunia, maka di akhirat nanti akan di beri keamanan oleh Allah.

Kenapa Allah memberi musibah kpd hambanya? Adalah kerana Allah mahukan hambanya merayu keampunan (istighfar) dr hambaNya, mendekatkan diri hambaNya kpd Allah, juga utk menguji hambaNya akan hal redha.

3 tahap puasa:
1. Puasa org awam - menahan diri dr tidak makan, minum dan kemaluannya
2. Puasa org yg terpilih - menahan hati, diri, nafsu, kemaluan dr melakukan perkara yg dilarang dlm tempoh puasa.
3. Puasa org yg lebih terpilih - menahan dan menjaga hati dr melakukan dosa dan kemaksiatan kpd Allah.

Berlumba2lah utk memperoleh puasa tahap ke-3 ie org yg lebih terpilih itu.

Bykkan istighfar kerana tidak diketahui amalan mana yg diterima oleh Allah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: