Friday, August 5, 2011

Sebab2 yg buleh merosakkan amalan

- Us Dr. Al-Ikhsan Tazkirah Ramadhan Jumaat 5 Ogo 2011 (**catatan kuliah)

Dalil: Surah Muhammad Ayat 37:33

A033


"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!"


  • Setiap org muslim mestilah sentiasa berusaha utk melipat gandakan amal ibadah, dgn harapan segala amalan itu diterima oleh Allah.

  • Perkara2 yg membatalkan amalan, atau menyebabkan amalan itu sia2, spt berpuasa tanpa niat, menjadikan puasa itu sbg suatu perbuatan ikut-ikutan atau adat.

  • Para sahabat sgt menitik beratkan nilai amalan, mereka takut kiranya amalan mereka tidak diterima Allah.

Perkara-perkara yg menolak amalan seorg muslim:

1. Murtad
a) murtad buleh berlaku melalui 3 cara, hati, lisan dan perbuatan.

  1. lintasan hati: spt pertanyaan siapa yg mencipta Allah, akibatnya dia kusut dan merasakan telah kafir kerana tidak dpt menemui jawapan kpd siapa pencipta Allah.
  2. lisan: spt mengaku manjadi nabi pd zaman selepas kewafatan Rasulullah saw. Cth tidak mempercayai azab kubur, dgn alasan bhw sepas mati roh telah terpisah dgn jasad, jadi tidak akan berlaku azab kubur. Cth lain, menghina Al-Quran, menghina sifat2 Allah, menghina Nabi, menghina hukum2 Allah.
  3. - perbuatan: menyembah objek2 selain Allah.

b) Hukuman kpd org murtad:
- bunuh sekiranya dia tidak menyesalai perbuatannya dan memeluk Islam dlm masa 3 hari.

- utk menolak pendpt org-org bukan Islam bhw Islam agama yg kejam kerana org yg keluar Islam mesti dibunuh, Islam adalah agama yg benar dan suci tak sama spt lain-lain agama kerana lain-lain agama telah tersesat dr ajaran Islam, jadi keluar masuk agama selain dr Islam adalah sama sahaja hukumnya, pengatut agama tersebut masih lagi dlm kesesatan.


2. Syirik

a) Syirik samalah ibarat dtg hadas sewaktu hendak melakukan solat, ie org yg berhadas maka amalannya menjadi sia-sia. Begitulah syirik, jika berlaku syirik sebelum atau semasa melalukan amalan maka amalan itu sia-sia dan tidak diterima Allah.

b) 3 jenis syirik,
  1. syirik akbar, nyata spt menyembah selain Allah.
  2. syirik kecil, cth bersumpah selain dr nama Allah (wallahi, wabillahi, watallahi), menyamakan kedudukan dirinya sama dgn Allah. Cth: mengatakan spt bkt "kalau tidak kerana saya dan Allah maka tidak akan naik pangkat engkau".
  3. syirik tersembunyi (riak), zahirnya amalan itu kerana Allah tetapi diniatkan utk selain Allah. cth, sembelihan utk qurban tetapi di niatkan utk dewa sungai.

Ada beza antara niat dan qasad, qasad itu niat yg akan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Cth: amalan itu diharapkan akan mendpt habuan dunia. Cth: ada org yg menjawab jemputan utk makan sebaliknya dia menjawab "eh! kan hari ni hari Isnin!" Jawapan itu secara riak menunjuk-nunjuk dia berpuasa hari Isnin, adalah lebih afdal jika dia menjawab sebagai "maaf, saya berpuasa hari ini".

  • Ada riak yg berlaku selepas melakukan amalan, jika amalan yg dilakukan sebelum itu dibuat secara ikhlas maka tidak gugur amalannya ie tidak dikira riak.

  • Puasa wajib di bln Ramadan tidak riak, oleh kerana itu Allah sahaja menentukan nilai ganjaran puasa Ramadhan.

Ada 9 lg perkara yg menyebabkab amalan seseorg muslim di tolak, sambung lg nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: