Kata imam Al Basri, dlm hidup ini ada 3 hari:
a) semalam
b) hari ini - hari yg perlu direbut utk mencari sebyk mungkin saham utk bekalan ke akhirat
c) esok - tiada siapa dpt menentukan apa akn terjadi.
Sambungan bab dosa2 besar
- hasil dr kajian Al-Quran dan hadis2, terdpt 70 dosa besar yg perlu dijauhi.
1) syirik
- terbhg kpd 2, ie syirik besar dan syirik kecil
- org yg melakukan syirik maka gugurlah Islamnya dan gugurlah amalannya dr saat akhil balikh hinggalah saat kekufurannya.
- 3 bentuk syirik:
1. Hati
2. Tindakan
3. Tuturkata.
Imam Ibnu Hajar menghuraikan:
- huraian syirik amat perlu utk mengelakkan kejahilan dan khuathir Allah tlh menolak amalan2 yg dilakukan oleh seorg Islam tanpa disedari akan perkara/hal yg tlh membawa kpd murtad.
a) terniat utk merasai kehidupan seorg yg bukan Islam spt ingin menjadi seorg kristian atau hindu
b) bercakap menafikan perkara2 ghaib sebagai tidak benar, sama ada terus terang atau bergurau. Cth mengatakan alam ini suatu yg lama yg terjadi tanpa ada penciptanya. Cth menafikan ilmu Allah, atau menyamakan sifat2 kekurangan itu wujud kpd Allah spt Allah itu perlu tidur.
c) perbuatan
Perkara2 yg menjuruskan syirik dan murtad:
- melakukan amalan2 yg serupa dgn penganut bukan Islam.
- membuang ayat2 Al-Quran atau Al-Quran itu sendiri di tempat yg kotor/hina spt membuang dlm tandas.
- menafikan nabi2 yg 25 itu sebagai nabi.
- menafikan kitab2 yg tlh diturunkan oleh Allah.
- menafikan ayat2 Al-Quran, atau meragui kesahihan ayat.
- menyebabkan org yg mendengar menjadi ikutan atau was-was spt mengatakan aurat wanita tidak termasuk rambut.
- memburuk2kan Mekah
- memburuk2kan amalan haji, spt mengatakan tidak perlu bersesak2 utk berwukuf, haji buleh dibuat
- memperlekehkan amalan2 yg tlh diperintahkan spt solat, puasa, menunaikan haji, mengeluarkan, zakat.
- menafikan wuduk utk menunaikan solat.
- menyakiti seorg muslim lain, atau mengacau/menzalimi seorg kafir zimmi kerana amalan/iktiqat mereka.
- menafikan apa yg tlh dihalalkan oleh Allah spt berkahwin.
- menafikan Rasulullah seorg manusia
- mempercayai akan bangkit seorg lagi nabi selepas Rasulullah.
- meragui Nabi org Mekah, atau seorg berbangsa arab.
- mempercayai/beriktiqat bhw seseorg itu blh menjadi nabi jika dia beribadat seorg diri (mengambil cth bwh Rasulullah mendpt wahyu pertama ketika bersendirian di gua Hira')
- menyanjung gurunya spt sama darjat dgn Rasullah.
- menyamakan Rasulullah dgn mana2 individu/pemimpin yg diketahui dlm dunia ini.
- meredhai kekufuran seorg yg bukan Islam, cth mengiakan seorg kristian yg berkelakuan baik dan mengatakan dia sudah tidak perlu memeluk Islam.
- menangguh2 keinginan seseorg itu utk memeluk Islam.
- mengatakan/memanggil sesorg muslim lain itu kafir tanpa alasan yg nyata.
- mengiakan panggilan oleh seorg lain sebagai seorg kafir tanpa rasa marah/jijik lm diri. Cth jika ada org panggil kita dgn panggilan spt "oi kafir!" Kemudiaan kita pula menjawab panggilan itu dgn rasa senang hati atau rasa megah diri.
- mempersendakan nama2 Allah.
- meragui janji2 Allah spt kewujudan alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, titian sirat, syurga dan neraka.
- memperlekeh syurga dan merasa hebat/ego, spt mengatakan kita tidak hendak sgt syurga tu, spt ucapan "ah! aku bukannya nak sangat masuk syurga"
- menafikan takdir, spt meyakini apa yg berlaku ke atas sesorg lain adalah disbb pertolongan/bantuan darinya, tanpa mengaikkan dgn bantuan Allah.
- memperlekeh syiar Islam spt azan suatu yg membingitkan dan mengganggu kehidupan manusia.
- mengaitkan kesihatannya tanpa mengira samada Islam atau kafir, spt mengatakan, "buatlah apa2 pun asalkan penyakit pd diriku ini sembuh dan tidak kisahlah jika aku perlu kafir".
- mengatakan bhw org yahudi atau selain seorg muslim itu lebih hebat dan dgn itu ugama yg dianuti oleh org itu lebih hebat dr Islam.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment