- Us Muammar Ghadafi Kuliah Suboh 13 Ogos 2011 (**catatan kuliah)
- hadis dr Abu Hurairah ra, sabda Nabi "Allah itu baik dan Dia menerima benda yg baik".
- Rugilah kpd org yg berpuasa tetapi hanya mendpt lapar dan dahaga, jika umpamanya tidak bertudung kepala dgn sempurna bagi org perempuan.
3 kategori puasa
1. Umum: tinggalakn makan, minum dan kehendak syahwat. Tidak meninggalkan maksiat, spt bercakap dusta, mengumpat, menjadi saksi palsu.
- sekiranya Allah tidak berhajat kpd kita, maka sia2lah puasa org yg kategori ini.
- surah az-Zumar: hanya Allah sahaja yg membalas pahala org yg puasa setimpal dgn amalan mereka.
"(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan." (Az-Zumar ayat 35)
2. Puasa org yg terpilih - menahan hati, diri, nafsu, kemaluan dr melakukan perkara yg dilarang dlm tempoh puasa.
3. Puasa org yg lebih terpilih - menahan dan menjaga hati dr melakukan dosa dan kemaksiatan kpd Allah.
2 kegembiraan bg org yg berpuasa
1) sewaktu berbuka puasa,
- ada riwayatkan apbl selesai menjalani sebulan puasa.
- rasa gembira kerana dpt melaksanakan ibadah, menewaskan nafsu dan dpt mengumpul amalan utk bekalan di Hari Akhirat.
- sekurang2 sebulan puasa adalah 29 hari
2) sewaktu bertemu Allah dan melihat pahala puasa yg ditunjukkan oleh Allah.
Ulasan hadis "ramai yg berpuasa tetapi hanya mendpt lapar dan dahaga"
1) berbuka puasa dgn makanan yg bersumber haram. Juga tinggalkan perkara yg syubhat, tinggalkan perkara yg makhruh spt merokok.
- doa berbuka puasa mesti diucapkan selepas masuk waktu Maghrib, amati maksud doa berbuka puasa itu dan maksud doa tersbt adalah menikmati pemberian Allah setelah berjaya berpuasa. Afdalnya selepas makan 3 biji tamar/kurma.
2) menjaga amalan2 sepanjang berpuasa
-tidak diterima amalan selama 40 pagi kerana tidak menjaga sumber makaanan yg haram
- jgn banyak tidur waktu siang.
- jgn makan byk pd waktu mlm.
--> Sepertiga utk makanan, sepertiga utk air dan sepertiga utk udara.
--> Afdalnya mkn separuh dr kebiasaan makanan mlm, tujuannya utk meringankan badan utk melakukan ibadah pd mlm hari spt tarawik, solat mlm.
3) Luqman Al-Hakim - Allah turunkan hikmah kpdnya dimana setiap perkataannya menjadi hikmah. Rujuk surah Luqman utk perkara2 baik yg beliau lakukan dan dirakamkan dlm Al-Quran
- Luqman berkata kpd anaknya "apbl perut tlh penuh (dgn makanan) dia akan hilang 3 perkara, (1) pemikirannya tidur/lembap (2) bisulah kebijaksanaannya (kata2, dan perbuatan) atau dirujuk kpd hikmah (3) terduduklah segala anggotanya utk melakukan ibadah".
- kata saidina Umar "siapa yg mkn byk, maka org itu tidak dpt menikmati kelazatan berzikir/mengingati Allah".
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment