Saturday, January 7, 2012

Bandingan manusia dgn sifat haiwan (yg perlu dijauhi)

-Us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 6-Jan-2012

-Tasauf: tafsiran Surah Al-Ankabut Ayat 41







"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan." (Al-'Ankabuut 29:41)

- bandingan manusia dgn (sifat) haiwan, spt dlm surah Al-Ankabut ayat 41, spy tidak mengikut spt labah2 yg tidak berakal, bergantung kpd benda yg rapuh. Dlm bab akidah, bandingannya adalah spt bergantung kpd selain dr Allah.

--> dr aspek najis: manusia mesti beristinjak dgn betul. Jika tidak manusia sama spt haiwan kerana tidak beristinjak. Beristinjak akan mempastikan solat seseorg diterima Allah. Salah satu syarat sah solat adalah wuduk; berwuduk membersihkan diri dr najis.

--> dr aspek pergaulan: ada batas2 pergaulan yg perlu dipatuhi, adanya batasan muhrim yg perlu dipatuhi. Jika tidak menusia bersifat spt haiwan tanpa ada batasan pergaulan.

- Jgn beriya-iya nak makan makanan org kafir, jgn paksa/minta pengeluar makanan (yg bukan islam) mendptkan sijil halal semata-mata utk org islam meneruskan memakan makanan tersbt.

- mengambil jln selain dr memohon kpd Allah, sebagai contoh menipu, rasuah, dan riba. Rezeki yg diperoleh dgn cara di atas akan menghasilkan anak2 yg tidak mendgr nasihat, tidak soleh/solehah, isteri tidak menjadi isteri yg bertakwa. Kita sendiri akan menjadi seorg yg tidak bertakwa, seorg yg soleh, menjadi seorg pemarah. Kita mudah utk menyumpah, memaki dan merendahkan org lain. Eg semasa jam, mudahnya mulut memaki pengguna lain.

- istighfar akan menyucikan hati kita dan mendekatkan diri kpd Allah.

- kita mesti membersihkan islam, menjadikan ramai manusia kembali mengingati Allah, takut kpd Allah dan meng-esa-kanNya. Kita mesti berniat utk menjadi tentera Allah, org bertakwa dan pendokong kpd syariat islam. Niat yg bersungguh2 agar menjadi pengembang agama Allah.

- jgn langsung tiada niat utk mengembangkan agama Allah. Setelah kita redha islam sebagai ugama kita (dlm bacaan iftitah) setiap kali bersolat.


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments: