- Us Hasnan Kassan Kuliah Maghrib Jumaat 20-Jan-2012
-Surah Ibrahim Ayat 14:22
"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (Ibrahim 14: Ayat 22)
- Global Moderation Organization - satu pertubuhan bertujuan untuk menghapuskan perkataan jihad dr Al-Quran atau ajaran Al-Quran. Ianya diketuai oleh Malaysia dan keahliannya ditujukan kpd negara2 Islam. Organisasi ini akan menjurus kpd membenci jihad dlm Islam dan bertujuan memenangkan bukan Islam. Suatu gerakan terancang bertujuan mengikis tanggungjawab jihad ke atas setiap umat Islam.
- Syaitan memberitahu perkara ini kpd manusia yg (telah) dihukum masuk neraka. Manusia pd ketika itu tidak dpt berbalik semula utk hitungan amal.
5 janji syaitan
1. Usia- masa muda hidup gembira dan beramal bila tua.
2. kesihatan- kpd org sihat, dijanjikan kesihatan dan beramal apbl tiba masanya
3. Harta- kpd org miskin, bersedekahlah apbl telah ada lebihan (kaya)
4.
5. Masa- Kelapangan, beribadat kpd Allah kemudian, skrg ni sibuk.
1. Usia- masa muda hidup gembira dan beramal bila tua.
2. kesihatan- kpd org sihat, dijanjikan kesihatan dan beramal apbl tiba masanya
3. Harta- kpd org miskin, bersedekahlah apbl telah ada lebihan (kaya)
4.
5. Masa- Kelapangan, beribadat kpd Allah kemudian, skrg ni sibuk.
- Antara amalan sunnah yg ditinggalkan oleh umat Islam ie solat sunat Jumaat 4 rakaat, dgn 2 salam. "sahaja aku solat sunat Jumaat 2 rakaat kerana Allah Taala". 2 rakaat adalah mua'akad, dan 2 tidak mua'akad.
-Di zaman Rasulullah, azan Jumaat adalah apbl Rasulullah tlh naik mimbar. Jadi tiada amalan solat sunat sebelum solat Jumaat pd ketika itu. Manakala pd zaman saidina Umar azan dibuat 2 kali utk membolehkan manusia berkerumun ke masjid utk solat Jumaat, dan membenarkan manusia dtg ke hadapan (baris saf hadapan), maka antara 2 azan itu ada ruang utk bersolat solat Jumaat.
- Syaitan berkata kpd manusia yg di dlm neraka bhw dia tidak bertanggungjawab di atas perbuatan manusia menyekutukan Allah sewaktu di dunia dahulu. Maka pd ketika itu menyesallah manusia, kerana sudahlah dimasukkan ke neraka dan berhadapan dgn azab neraka, syaitan pula berlepas tangan dan menambah kekecewaan.
Surah Al-Baqarah Ayat 2:167
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
- syafaat: org beriman akan menemui para Rasul (nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa,dan Isa) utk mempercepatkan memberi syafaat. Nabi Isa as akan menunjukkan Nabi Muhammad saw utk org beriman memohon dipercepatkan memberi syafaat. Apbl Nabi Muhammad saw bangun dr tempat duduk baginda, maka berbau wangilah ketika itu.
Sementara, kpd org kafir pula, mereka berkata mereka akan menemui iblis utk mendptkan syafaat di padang Mahsyar. (kerana di dunia dulu mereka mengikut kata iblis dan syaitan, utk meninggalkan amalan ibadah kpd Allah) Iblis pun bangun dr rempat duduknya maka terbaulah sebusuk2 bau, berkatalah ia bhw Allah tlh berjanji kpd kamu dahulu tetapi kamu tidak ikut. Sebaliknya kamu mengikut kata-kataku, aku berlepas tangan di atas perkara yg enkau ikuti.
- Jika tiba ke masjid utk solat Jumaat setelah khutbah dimulakan, maka teruslah bersolat sunat Jumaat 2 rakaat. Solat jumaat itu mendpt pahala solat sunat sunnat tahiyatul masjid. Ini hanya utk lewat kerana kecemasan, bukannya disengajakan.
- sunnah Nabi, khutbah Jumaat adalah pendek, manakala solat Jumaat dipanjangkan.
- kpd org yg bermusafir, afdalnya tahan puasa dan tidak berbuka.
- kpd org yg bermusafir, dituntut utk solat jamak dan qasar.
Published with Blogger-droid v2.0.3
No comments:
Post a Comment