Friday, March 2, 2012

Tafsir surah Al-Israk Ayat 17:18 hingga 21

-Us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib Jumaat 2-Mac-2012

Tafsir Surah Al-Israk Ayat 17:18 hingga 21


A018

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.


Ayat 17:19


A019

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.


Ayat 17:20

A020

Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).


Ayat 17:21

A021

Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.


-mengapa ayah Nabi Ibrahom tidak masuk Islam? adalah kerana dia pembuat patung berhala.

-qardul hasan: sistem kewangan islam utk membolehkan org2 kaya memberikan kemudan kewangan kpd org miskin dlm suatu jumlah dgn tempoh byrn tertentu tanpa mengenakan faedah ke atas jumlah yg diberi pinjam. Cth bank beri pinjam kpd org miskin utk beli rumah rm150K, dan org tersbt bayar semula dlm tempoh 30 thn utk jumlah terkumpul rm150K.


-jangan sesekali benarkan anak-cucu terima wang zakat selagi mana masih ada org yg lebih miskin, yg terpaksa pergi dptkan bantuan dr gereja/kuil. Adalah menjadi tanggungjawab bapa utk membiayai pelajaran anak2, jgn biarkan mereka berhutang dgn bank/ptptn/mara, ambil peluang utk mendapatkan pahala fardu ain kerana membiayai perbelanjaan pelajaran anak2 kita.


-kegembiraan2 yg dijanjikan oleh Allah utk mereka yg cintakan akhirat:

#1: dilindungi sewaktu menunggu di padang mahsyar, berbanding org yg diletakkan matahari sejengkal jaraknya.

Ke2: dipercepatkan hisab

Ke3: terima buku amalan dgn tangan kanan

Ke4: segala dosa ditukarkan dgn pahala

Ke5: Al-Quran menjadi cahaya/sinar sewaktu meniti titian sirat

Ke6: dialu-alukan utk masuk syurga, ketika melalui syurga kita akan diberikan/dicedokkan air dr telaga Al-Kausar (tanpa perlu menunggu utk mendapatkannya)

Ke7: dpt minum madu dan susu (susu ini tidak akan masam walau dibiar lama), dikurniakan nikmat dpt melihat wajah Allah swt, setelah itu Allah bertanya adakah kita pernah mendpt nikmatw lain? Waktu itu kita akan menjawab tiada (kerana nikmat meliat wajah Allah swt adalah nikmat yg paling tinggi/indah).


-syurga ada 100 darjat/tingkat. Beza antara setiap tingkat adalah sejauh langit dan bumi.

-selepas 1,000 thn org yg diazab dlm neraka, malaikat jibrail akan membawa mereka yg dulunya tidak murtad (yg ketika matinya masih mengekalkan syahadahnya) mengadap Allah, setelah ditanya oleh Allah swt, mereka berkata bhw tidak mahu lagi pulang ke neraka. Allah kemudian membenarkan mereka dimasukkan ke syurga namun ditandakan di dahi mereka dgn tanda hitam di dahinya.

-Jangan lupa doakan kpd ayah dan ibu, anak yg soleh boleh bertanyakan kedudukan ibu bapanya dan memohon (syafaat) kpd Allah utk membawa ibu bapa dia yg berada ditingkatan syurga yg lebih rendah utk dibawa bersama dlm tingkatan syurga tempat tinggal anaknya.

-mereka yg dimasukkan dlm syurga tingkatan yg lebih tinggi boleh menziarahi mereka yg berada di tingkatan syurga yg lebih rendah. Tidak sebaliknya.

-beza di akhirat adalah beza yg berkekalan. Pilih akhirat syaratnya perlu berusaha utk mendapatkan akhirat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: