Sunday, October 21, 2012

Hukum hakam mengenai ibadah korban dan aqiqah

-Us Zaini Yahya Kuliah Maghrib 21-Okt-2012

-hadis: barangsiapa yg ada kemampuan namun dia tidak berkorban, maka jangan dekati masjid ini.
-mazhab Hanafi mentafsirkan hadis tsbt bhw korban adalah wajib ke atas org yg mampu.

-10 hingga 13 Zulhijjah adalah waktu yg disunatkan berkorban ie pd Hari Raya Aidiladha dan 3 hari berikutnya ie hari tashrik, sebelum terbenam matahari 13 hb Zulhijjah.

-korban adalah satu peluang utk kita beribadat. Darah sembelihan itu sebelum ianya tumpah ke tanah, maka telah diampunkan dosa org yg berkorban.

-Imam Nawawi:
1) korban adalah wajib jika bernazar. Keduanya jika seseorg membeli haiwan korban dan menentukan bhw haiwan itu utk dikorbankan.

2) Disunatkan org yg telah berniat utk berkorban, pd 10 Zulhijjah tersbt menahan dirinya dr bulu2, dan kukunya.
-Mengikut amalan org di Mekah di mana mereka tidak bertahallul.
-bermula dr masuk maghrib 9 Zulhijjah.
-dia disunatkan menyembelih sendiri haiwan korban tersbt. (Nabi saw sendiri menyembelih haiwan korban). Boleh diwakilkan kpd org yg berkemampuan utk menyembelih haiwan tersbt.
-pernah dlm satu ketika dr 100 ekor unta, Nabi saw menembelih 63 ekor unta. Selebihnya disembelih oleh seorang sahabat.
-disunatkan utk melihat sendiri haiwan korban disembelih. Nabi saw menyuruh Fatimah melihat sendiri haiwan korban disembelih.
-unta: umurnya sudah masuk thn ke 6.
Biri2: 2 thn
Kambing: 2 thn masuk thn ke3

-harus haiwan itu jantan atau betina. Boleh juga haiwan yg tlh dikasi. Nabi saw pernah berkorban dgn 2 ekor kibas ygbtlh dikasi. Kasi tidak mengurangkan berat/isi/daging haiwan yg dikasi.

-boleh dikongsikan utk 7 bahagian.
-dr 7 bhgian tersbt boleh dikongsikan antara korban, aqiqah, dan juga bukan utk tujuan korban atau aqiqah (sedekah atau utk kegunaan sendiri). Kita boleh berniat pahala korban utk sama ada yg hidup atau yg telah mati, dgn setiap 1 bhgn daging korban, (lakukan korban utk keluarga, menggunakan 1 nama sahaja utk semua bhgn korban yg diambil/dikorbankan).

-kambing tidak boleh dikongsikan.

Keutamaan haiwan korban:
-lebih afdal adalah unta, kemudian lembu, kemudian biri2 kemudian kambing.

syarat2 pemilihan haiwan korban:
-lebih belok yg gemuk (byk daging).
-tidak boleh dipilih dr haiwan yg gila, terpotong sebhgn dr anggotanya, tempang, buta sebelah, berkudis. Tetapi buleh yg tidak bertanduk, telinga berlubang (bertindik).

Masuk waktu berkorban:
-matahari kira2 setinggi galah, solat sunat hari raya, kuthbah raya dan setlh pulang ke rumah seketika.

-siapa yg bernazar utk haiwan yg dibelinya:
1) sekiranya haiwan itu hilang atau dicuri sebelum masuk waktu berkorban, maka gugur kewajipan baginya utk berkorban. Jika selepas masuk waktu korban, maka dia perlu gantikan haiwan nazar utk dikorbankan pd tahun itu.
2) Jika dia terlupa hingga selepas waktu berkorban, maka dia mesti segera melaksanakan korban tersbt (walaupun ketika itu selepas waktu berkorban).

-mesti berniat yg melakukan korban semasa hari korban tersbt. Jika diwakilkan maka perlu mengetahui harga haiwan sembelihan, sebagai akad membeli, selebihnya mungkin upahbdan kos pengurusan. Sekurang2nya kita tahu harga kos haiwan korban tersbt.

-jika haiwan korban itu bukan nazar, maka dia boleh mengambil daging sembelihan. Daging sembelihan boelh diberikan kpd org kaya. Daging sembelihan tidak boleh dijual. afdalnya, disedekahkan daging korban dan diambil sedikit utk keluarga.

-anak haiwan yg lahir dr haiwan yg dinazarkan utk dikorbankan,  mesti disembelih juga.

-bolehkah kita buat korban utk org yg tlh meninggal?
Lebih afdal kita buat sendiri dan niatkan utk sedekahkan pahala utk org yg telah mati tersbt.
Sekiranya adalah wasiat maka ianya menjadi wajib.

Aqiqah:
-seafdalnya pd hari ke7 selepas kelahiran.
-sunat utk ditimbang rambut bayi tersbt dgn kadar emas dan disedekahkan kpd org miskin.
-belah mulut; afdalnya dikunyahkan kurma (seafdalnya oleh org alim) dan dicolekkan ke lidah. Pd zaman Nabi saw, para sahabat membawa bayi kpd Rasulullah saw utk diberikan kurma yg dikunyah oleh baginda.

-bg korban dihadiahkan daging yg belum dimasak. Bagi aqiqah dimasak dgn tidak terlalu pedas.

-Tulang adalah makanan jin,  oleh itu hendaklah ditanam atau dikumpulkan dlm bekas sebelum dibuang.

-Bagaimana jika haiwan korban terpotong sedikit ekornya, bolehkah dibuat korban?
Boleh kerana ianya tidak mengurangkan isi/daging haiwan tsbt.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: