Saturday, March 28, 2015

Saidina Ali bin Abi Talib

-us Norazam Kuliah Maghrib Sabtu 28-Mac-2015

Saidina Ali bin Abi Talib

-Abdullah bin Saba', seorg yahudi memasuki Islam dgn tujuan utk memecah-belah Islam ketika itu. Dia menyebarkan fitnah hinggalah ada org Islam yg mengagungkan saidina Ali hingga melampau.

-ada 2 peristiwa yg dia amat digeruni oleh musuh Islam 

(1) Perang Khandak
  • Nabi mengambil pandangan Salman al-Farisi ie dgn membina parit. Seorg musuh bernama Amru bin Abdiuddin berdiri di tebing dan bertanya siapa dikalangan tentera Islam yg berani bertarung secara seorg demi seorg. Amru seorg yg kuat dan berumur, berpengalaman dlm berperang. Saidina Ali bertanya kpd Rasulullah utk menyahut cabaran Amru namun Rasulullah mengingatkan bhw lawannya adalah Amru. Kali ke3 Ali bertanya kpd Rasulullah, maka Ali membacakan syair meningggikan Islam dan merendahkan-rendahkan kaum musyrikin. Saidina Abu Bakar as-siddik adalah org yg paling kenal dan faham akan keturunan keluarga penduduk di Mekah.

  • Setelah mendapat izin Rasulullah, Ali yg ketika itu 26 atau 27 thn, mara ke depan dan dgn kegagahannya dia dpt memenggal kepala Amru.

Sebutan karamallah wajhah perlu ditukar kpd radiallahuanhu utk Ali bin Abi Talib:
Sebutan Karamallah wajhah adalah kerana Ali tidak pernah menyembah berhala. Namun saidina Abu Bakar juga tidak pernah menyembah berhala, namun tidak digelar karamallah wajhah.

 

Oleh itu panggilan Ali bin Abi Talib perlu disamakan dgn para sahabat yg lain, ie radiallahuanhu.

 

Tidaklah berdosa sekiranya di sebut karamallah wajhah, namun seeloknya kita berubah dan bertukar setelah faham akan kesilapan tradisi yg kita telah lakukan.

(2) Ibu saidina menggelar Ali sebagai singa
  • Ibu saidina Ali diasuh utk menjadi seorg yg berani, gagah, utk mendidik Ali supaya menjadi seorg yg berguna kpd Islam. 

  • Apbl berhadapan dgn musuh yahudi dlm peperangan Khaibar, saidina Ali berjaya memenggal kepala musuh yahudi.

  • Rasulullah sewaktu bersyarah utk memutuskan siapa yg akan memegang panji peperangan Khaibar, yg mana dikatakan bhw dia adalah seorg yg dicintai oleh Allah dan paling digemari oleh Rasulullah.

  • Esoknya Rasulullah pun memanggil nama Ali bin Abi Talib utk memegang panji Islam, namun dia tiada di situ, setelah ditanya, dikatakan Ali tiada bersama mereka kerana sakit mata. Rasulullah mengarahkan Ali dipanggil, dan setelah melihat sakit mata Ali, baginda menghembuskan ke mata Ali dan dgn izin Allah mata Ali pulih. Dia kemudiannya menyertai perang Khaibar dan berjaya memenggal kepala musuh. Dlm peperangan ini tentera Islam menang.

  • Saidina Ali tidak menyertai peperangan Tabuk, sebaliknya dia diarahkan menjaga kota Mekah.

Definasi "Sahabat" ie sesiapa yg hidup sezaman dgn Rasulullah yg beriman kpd Allah dan Rasulullah. Org musyrikin adalah yg hidup sezaman dgn Rasulullah namun tidak beriman dgn Allah dan Rasulullah.

  • Di Mekah ketika itu, ramai org musyrikin mengatakan bhw Ali tidak di pilih utk turut serta dlm peperangan Tabuk adalah kerana Ali adalah beban kpd Rasulullah. Ali yg gelisah dgn kata2 yg didengarnya, maka dia pun menunggang kuda dan mengejar rombongan perang. Tibanya di sana dia pun mendapatkan Rasulullah dan bertanya benarkah bhw dia adalah beban kpd Rasulullah.

  • Rasulullah mengatakan tugasnya adalah sama spt tugas yg di lakukan oleh Nabi Harun sewaktu Nabi Musa bermunajat kpd Allah. Setelah mendengar penerangan Rasulullah, fahamlah akan Ali akan tugas yg diberikan oleh Rasulullah ke atasnya utk menjaga penduduk Mekah sewaktu Rasulullah pergi berperang Tabuk.

Sambungan akan dtg:
Saidina Ali bin Abi Talib menjadi khalifah setelah saidina Uthman dibunuh oleh musuh Islam. (klik sini utk sambungan siri-2 kuliah)

No comments: