us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 19-Feb-2017
Dosa Besar ke-24 Orang yang Melakukan Rompakan (atau Menyamun atau juga Meragut)
- Dosa melakukan rompakan adalah lebih besar dari mencuri. Adalah kerana perbuatanya dilakukan secara terang-terangan.
- Hukuman ke atas org yg melakukan rompakan adalah potong tangan dan kaiki secara bersilang.
- Surah Al-Maidah Ayat 5:33
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
- Hukuman bunuh, potong tangan, dipalang atau buang negeri, mestilah dilakukan oleh hakim (yg dilantik oleh kerajaan) setelah berlakunya perbicaraan.
- Jika rompakan itu menyebabkan kematian dan harta dirompak -- maka hukumannya disalib/dipalang.
- Jika rompakan itu menyebabkan kematian -- maka hukumannya bunuh.
- Jika rompakan itu tidak menyebabkan kematian, hanya kehilangan harta -- maka hukumannya potong tangan dan kaki secara bersilang.
- Jika tiada bukti kukuh, namun tidak menyebabkan kematian -- maka hukumannya adalah buang negeri.
- Kata Imam Shafie, perompak yg dituhkan hukuman bunuh dan disalib, maka lakukan hukuman bunuh terlebih dahulu dan mayatnya di salib/palang utk tontonan umum.
- Kata Umam Shafie, hendaklah dipotong tangan kanan terlebih dahulu diikuti potong kaki kiri.
- Jika dilakukan rompakan lagi, maka hukumannya adalah potong tangan kiri diikuti potong kaki kanan.
- Islam menganjurkan hukuman berbentuk pengajaran ie hukuman dilakukan di khalayak ramai, supaya menjadi pengajaran kpd penjenayah itu sendiri, juga kpd penjenayah lain.
- Sekiranya perompak yg sukar ditangkap (licik), maka hakum boleh mengeluarkan warta supaya penjenayah itu boleh dibunuh oleh sesiapa yg menemuinya.
- apbl seseorg yg menakut-nakutkan, mengacau org yg lalu-lalang, maka dia dikira mengganggu ketenteraman awam. Hukuman ke atas mereka adalah dibuang negeri.
No comments:
Post a Comment