Tuesday, February 28, 2017

Hukum Pakai Cincin bagi Lelaki (siri2)

- us Abd Basir kuliah Maghrib Selasa 28-Feb-2017
Bab 13 - Baginda Rasulullah memakai cincin di jari kanan

Haram bagi lelaki pakai gelang atau rantai utk tujuan perhiasan
Haram bagi lelaki memakai gelang atau rantai emas atau logam selain emas bagi tujuan berhias (perhiasan).
- tempat permakaian gelang atau rantai itu adalah tempat di mana gelang atau rantai itu dicairkan dan dicurahkan kpd tempat ianya di pakai.

- tidak disebutkan dlm kitab As Syamail bhw tidak disebutkan di jari kanan mana cincin iti di pakai.

- batu cincin adalah paling afdal jika batu cincin dihadapkan ke tapak tangan. Rasulullah memakai cincin dgn batu cincin mengadap ke dlm (tapak tangan) supaya:

1) terjaga batu tsbt dr terkena/ terlanggar
2) sifat tawaduk Nabi agar batu cincin baginda Rasulullah tidak menarik perhatian org.

- Rasulullah juga memiliki cincin yg diukir dgn perkataan Allah Rasul Muhammad, dlm 3 baris. Perkataan Allah diukir di atas, diikuti Rasul dan baris bawah adalah Muhammad.

a) Cara bacaannya adalah dari bawah ke atas.

b) cincin ini digunakan oleh Rasulullah sebagai cop rasmi, dalam surat menyurat kerajaan Islam di bawah pimpinan Rasulullah.
- selepas kewafatan Rasulullah, cincin itu diguna oleh saidina Abu Bakar, kemudiannya oleh saidina Umar dan saidina Uthman ibn Affan.

c) cincin ini paling akhir diguna oleh khalifah saidina Uthman, sehingga cincin itu jatuh dlm telaga Ariis (terletak di Madinah). Telaga itulah yg di beli oleh saidina Uthman dr seorg yahudi yg bernama Ariis. Cincin intu terjatuh ketika dipagang oleh Muaikid, yg diberikan kpdnya oleh saidina Uthman ketika mereka berada di tepi telaga Ariis itu. Selepas peristiwa itu cincin itu terus hilang tidak ditemui lagi.

- berat cincin bergantung yg dibenarkan mengikut mazhab
a) dlm mazhab Shafie tidak dinyatakan berat cincin, tetapi dikadarkan kpd uruf dan adat setempat.
b) Mazhab Hanafi cincin tidak melebihi 4.68 gram
c) Mazhab Maliki  cincin itu tidak melebihi 6.2 gram.

- pakai cincin suasa (bagi seorg lelaki), ada 2:
(i) harus jika bahannya tidak mempunyai bahan emas, atau bahan emas yg diguna utk menyaluti cincin suasa itu apbl bahan salut itu diasingkan, ianya tidak mempunyai nilai pasaran.

(ii) haram jika campuran bahan suasa dan emas dijadikan asas cincin suasa tsbt. Juga haram jika cincin suasa yg disaluti emas yg tebal, yg apbl diasingkan salutan emas itu, ianya mempunyai nilai pasaran.

No comments: