Saturday, February 18, 2017

Jangan Mandi Lewat Malam

_ Kuliah Suboh Sabtu 18-Feb-2017

Surah As-Sajadah Ayat 32:16

(تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ)

- Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

- Ayat ini menerangkan sifat org yg beriman.

- Imam Shafie membahagikan mlm kpd 3, bermula dr waktu Maghrib hingga waktu Suboh.

(a) Selepas Maghrib, 7:30pm - 11:30pm: belajar atau mentelaah.
- waktu makan yg paling afdal adalah sebelum waktu Maghrib.
- selepas Maghrib, sekiranya tiada majlis ilmu, maka perbanyakkan solat sunat adalah amalan yg terbaik.
- gunakan waktu ini utk belajar dan lakukan latihan/ulangkaji.

(b) 11:30pm - 3:30am: adalah waktu paling afdal utk berehat/tidur.
- tidur mengikut sunnah dgn menereng di rusuk kanan muka mengadap kiblat, spt berbaringnya jenazah di dlm kubur.
- Islam melatih umatnya tidur 4 jam sehari. Latihan diperlukan utk membiasakan diri utk mempraktikkan rutin ini.
- amalan mandi di waktu lewat malam terutama selepas bersukan, bertentangan dgn waktu yg dianjurkan oleh sunnah utk berehat.

(c) 3:30am-6:00am: waktu yg afdal utk lakukan ibadat mlm.
- ayat Surah As-Sajadah Ayat 16 ini mengajarkan utk org mukmin bangun dr tidur dan lakukan amalan, mengingati Allah.
- mereka bangun solat mlm, membaca Al-Quran dgn tartil (ie dgn mahami maknanya)
- kefahaman terhadap ayat2 yg di baca menjadi makanan kpd jiwa kita. Apbl jiwa kita seronok maka akan membentuk diri yg soleh.
- selain itu perbanyakkan doa kpd Allah, dgn sifat yg takut dan rasa kelemahan, memohon keampunan kpd Allah utk dimasukkan dlm syurga.
- 7 gunung (halangan), gunung ke5 adalah sifat takut kpd Allah, dan rasa lemah/kerdil terhadap Allah.
- membelanjakan harta rezeki pd jalan Allah.
- anak, isteri juga adalah rezeki yg dikurniakan Allah. Gunakan rezeki yg dikurnia kpd jln Allah.

No comments: