-us Sufian Kuliah Suboh Sabtu 4-Mac-2017
7 golongan yg mendapat naungan Allah
(1.) Pemerintah yg adil
- seorg yg dilantik menjadi ketua sama ada di peringkat negara, negeri, organisasi, keluarga.
(2.) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah
- Pemuda Yang Membesar Dalam Ketaatan (Ibadah).
(3.) Seorang yg hatinya selalu terpaut pada masjid
- Hatinya sentiasa mengingati mati.
- nikmat yg dikurniakan kpd kita adalah rumah kita dekat dgn masjid/surau, memudahkan kita utk selalu mengadiri majlis2 ilmu.
(4.) 2 lelaki saling berkasih-sayang kerana Allah yg bertemu dan berpisah juga kerana Allah.
- persahabatan yg diberkati adalah persahabatan yg berlandaskan Islam, bukannya kerana disebabkan kewangan, imbalan yg diharapkan.
(5.) Seorang lelaki yang di ajak melakukan zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah'.
- lelaki yg takutkan Allah walau digoda dgn kecantikan wanita.
(6.) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.
- sedekah yg disembunyikan adalah lebih afdal.
- sedekah membersihkan hati.
(7.) Seorang yang mengingati Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.
- mengingati Allah kerana bersyukur atau kerana bertaubat kpd Allah dgn sepenuh hati, hingga mengeluarkan air mata (kesyukuran/kekesalan).
-
No comments:
Post a Comment