Monday, March 6, 2017

Tafsir Surah Al-Anfal Ayat 8:27 hingga 29

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 6-Mac-2017

Surah Al-Anfal Ayat 8:27 hingga 29


- Surah Al-Anfal Ayat 8:27 (klik sini utk paparan ayat)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

- dlm ayat 27,

  1. Org yg menghindari dirinya dr Allah dan Rasulullah adalah mereka yg telah selesa di Madinah dan tidak mahu kembali ke Mekah utk membantu Rasulullah menyebarkan Islam kpd penduduk Mekah yg masih lagi menyembah berhala.
  2. Org yg tidak menyukai kerja2 dakwah atau menyampaikan Islam, maka dia bersifat khianat terhadap amanah yg diberikan kpd setiap individu Islam utk melakukan dakwah kpd menyembah Allah.


- Surah Al-Anfal Ayat 8:28 (klik sini utk paparan ayat)

(وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ)

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

- dlm ayat 28

  1. Harta dan anak pinak adalah ujian.
  2. Ramai manusia lulus apbl diuji dgn kepayahan dan kesusahan, mulutnya selalu mengucapkan/berzikir kpd Allah. Namun tidak ramai manusia yg lulus apbl diuji dgn kekayaan.
    • Apabila dah byk harta, amalan yg sunat pun sukar utk dilakukan, kerana disibukkan dgn urusan selain urusan ugama.
  3. Redho dgn keadaan ekonomi kita, kerana Allah Maha Mengetahui tahap keimanan kita.
  4. Anak adalah ujian,
    • Dari segi zahir, kita kena sayang dan berikan kasih-sayang yg sama kpd semua anak2. Allah shj yg tahu anak yg mana satu (tanpa mengira tahap pencapaian akademiknya) yg akan menjaga kita bila tua, sakit, mandikan jenazah, talkinkan, imamkan, dan paling banyak mendoakan kita bila kita dlm liang kubur.


- Surah Al-Anfal Ayat 8:29 (klik sini utk paparan ayat)

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.

- dlm ayat 29

  1. Allah kurniakan satu kelebihan (deria) dan kebolehan utk membezakan yg hak dan batil. Itulah janji Allah kpd org yg bertaqwa, diberikan keampunan.

No comments: