Saturday, June 17, 2017

Lemah lembut kpd ibu bapa

- us Azhar kuliah Suboh Sabtu 17-Jun-2017

Lemah-lembut kpd ibu bapa

Surah Al-Israk Ayat 17:23-24

(وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا)

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

- jika masih ada kedua atau salah seorg ibu bapa maka berlaku baiklah kpd mereka. Berlaku baik spt ziarah mereka.

- itk mendpt syurga itu bukan hanya beribadat.
(i) berlaku baik kpd ibu bapa
(ii) memelihara hati dan hubungan sesama manusia
(iii) memelihara dan menjaga silaturrahim. Bermaafan dan lupakan cerita2 lama.

Dlm surah Luqman Allah perintahkan anak utk mentaati ibu bapa:

Surah Luqman Ayat 31:14

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

- Doakan kesihatan dan kesejahteraan kpd ibu bapa. Lebih lebih lagi apbl mereka tlh meninggal

- perkara2 yg perlu diutamakan dlm hidup kita, menurut keutamaan spt yg diriwayatkan/hadis:
i) solat pd waktunya
ii) berbuat baik kpd kedua ibu bapa
ii) jihad pd jalan Allah.

Abu Hurairah ra meriwayatkan:
#1) Seorg anak dikatakan belum dpt membalas kebaikan ibu bapanya, melainkan seolah-olah dia memerdekakan seorg hamba.

#2) Kpd siapa seorg anak perlu berbakti? (mengikut keutamaan), jawab baginda Rasulullah:
i) ibumu
ii) ibumu
iii) ibumu
iv) bapamu

Hadis lain:
Seorg lelaki berjumpa Rasulullah dan meminta utk turut serta berjihad. Rasulullah bertanya kpd lelaki itu adakah ibu dan bapa masih ada(hidup), dia menjawab ya. Maka Rasulullah memintanya menjaga ibu bapa dari turut berjihad.

Doa:
1. Doa orang yg berpuasa itu tidak ditolak sehingga dia berbuka.
2. Doa org yg bermusafir itu diterima Allah.
Jaga mulut dan hati kita spt sewaktu memandu agar tidak menyumpah hingga mendoakan musibah kpd pemandu yg melakukan/memandu hingga kita rasa sukar. Janganlah disebabkan doa kita itu prmandu td ditimpa musibah/kemalangan.

- janganlah taat perintah ibu bapa yg mahukan anaknya melakukan kemaksiatan kpd Allah.

- jika ibu bapa yg masih belum Islam, maka anak itu perlu berlaku baik kpd ibu bapanya. Malah mengajak/dakwah kpd mereka itk memeluk Islam, dgn cara yg baik.

- kisah Abu Hurairah ra berbuat baik kpd ibunya:
Semasa Abu Hurairah masih kecil, ibunya adalah org yg paling byk mencela Rasulullah. Abu Hurairah bertemu Rasulullah dan menceritakan hal dan perangai ibunya. Dia memohon agar Rasulullah mendoakan ibunya. Apbl dia pulang ke rumah, ibunya mengunci pintu dan melarangnya memasuki rumah. Seketi kemudian dia mendengar org mandi, dan seketi ibunya membuka pintu dilihatnya ibunya berpakaian cantik. Ibunya berkata dia ingin memeluk Islam dan ingin bertemu Rasulullah.

- waktu yg mustajab utk berdoa adalah
i) berdoa selepas sahur
ii) berdoa waktu hampir berbuka puasa.
minta tolong dgn Allah, dan berdoa utk diselesaikan masaalah. Berusaha utk menyelesaikan masalah itu.

- keampunan itu adalah Allah padamkan kesilapan.

No comments: