Thursday, June 22, 2017

Tadabbur Surah At-Taubah Ayat 9:112

- us Hasnan Kassan kuliah Asar Ahad 18-Jun-2017
Puji-pujian Allah Taala terhadap org yg berpuasa

Surah At-Taubah Ayat 9:112 (ms 205)








(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
  • dosa kecil ditebus dgn lafaz istighfar.  Utk dosa besar, mesti ditebus dgn 2 rakaat solat sunat taubat, dan berazam dgn sebenar-benar azam utk tidak mengulangi.
  • "abid" = ahli ibadat, itu mesti berilmu. Jangan beribadat kerana kefahaman kpd tradisi atau adat. Carilah ilmu dan perbaiki mutu/qualiti amalan seharian.

Ancaman kpd org yg tidak mengamalkan ajaran Al-Quran, surah Az-Zukhruf Ayat 43:36-37, syaitan akan mendampingi (ie "qarin") manusia, dan menyesatkan/menipu manusia bhw kemaksiatan yg dilakukan itu adalah/nampak indah/baik. Hingga manusia dilalaikan. 

Surah Az-Zukhruf Ayat 43:36







Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Ayat 43:37





Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


No comments: