- us Hasnan Kassan tazkirah Asar Sabtu 3-6-2017
Kejadian Hari Kiamat
Surah Al-Qiamah 75:1-15 (ms 577)
(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ)
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
- siapa yg bersumpah? Allah yg bersumpah. Allah bersumpah dgn Hari Kiamat.
- Hal dilema makmum dlm solat
Surah Al-Araf Ayat 7:204 (ms 176)
(وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ)
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
- makmum dlm ayat ini menjadi dilema utk makmum sama ada utk membaca surah fatihah apbl imam selesai membaca fatihah, atau mentadabbur surah yg sedang di baca oleh imam.
- dlm mazhab Shafie, makmum wajibbaca fatihah dlm solat kecuali dia masbuk.
- jalan penyelesaian: imam berhenti seketika selepas selesai bacaan fatihahnya (pd rakaat pertama dan ke2)
sekadar 25 bacaan zikir, kemudian barulah mula bacaan surah.
- Hal suami mengajar fardu ain
- Hal hukum suami bimbing isteri dlm fardu ain (spt bacaan Al-Quran) adalah wajib.
Ayat 75:2
(وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ)
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
- sifat lawwamah
- sesiapa yg tidak melaknat dirinya sendiri di dunia kerana melanggar perkara yg haram, atau tidakelakukan yg wajib, maka apbl di bangkitkan dr kubur dia akan menyesal.
Rujuk Surah Yasiin Ayat 36:52 (ms 443)
(قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ)
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
Ayat 75:3
(أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ)
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
- ini perangai kaum musyrikin Mekah masa dahulu, tak yakin dgn kejadian Hari Kiamat.
Ayat 75:4
(بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ)
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
- "sawwa" itu susun rapi. Dlm surah As-Sajadah, Allah sebutkan "khalaka" membawa maksud buat/cipta. Pemilihan sawwa menunjukkan sifat ketelitian Allah mencipta hingga perkara yg halus boleh disusun dgn teliti.
Ayat 75:5
(بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ)
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Ayat 75:6
(يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ)
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
- org musyrikin Mekah bertanya secara mengejek, bila Kiamat itu.
Ayat 75:7
(فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ)
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
- mata menjadi berpinar-pinar.
Ayat 75:8
(وَخَسَفَ الْقَمَرُ)
Dan bulan hilang cahayanya,
Ayat 75:9
(وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ)
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
- kejadian kemusnahan dunia itu berlaku serentak.
Ayat 75:10
(يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ)
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
Ayat 75:11
(كَلَّا لَا وَزَرَ)
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Ayat 75:12
(إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ)
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
Surah Qaf Ayat 21 (ms 519)
(وَجَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ)
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
- malaikat "pembawa" itu dgn cara menyeret manusia dr kuburnya le Padang Mahsyar.
Ayat 75:13
(يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ)
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Ayat 75:14
(بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ)
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Ayat 75:15
(وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ)
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
- apa alasan kita nak beri kpd Allah terhadap perkara wajib yg ditinggalkan, perkara haram yg dilakukan, pinjaman rumah berbentuk riba.
No comments:
Post a Comment