Sunday, September 27, 2020

Harus Berurusan Dengan Orang Kafir

- us Muhammad Ihsan kuliah Maghrib Ahad 27-Sep-2020

Harus Berurusan Dengan Orang Kafir

Hadis berkenaan baginda Rasulullah menggadaikan baju besi baginda untuk membeli barli.

Saidatina ‘Aisyah ra, beliau telah berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا مِنْ يَهُودِيٍّ إِلَى أَجَلٍ، وَرَهَنَهُ دِرْعًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi saw membeli makanan daripada seorang yahudi dengan cara hutang dan baginda saw menggadaikan baju besinya.” (HR Al-Bukhari no. 2386)


Dalam dirayat yang lain, daripada Saidatina ‘Aisyah, beliau telah berkata:

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلاَثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

Maksudnya: “Rasulullah saw telah wafat sedang baju besinya sedang digadaikan kepada seorang Yahudi dengan nilai tiga puluh gantang dari gandum.” (HR Al- Bukhari no.2916)


- Nama Yahudi tersebut adalah Abu Syahmi al-yahudi.
- kadarnya adalah 30 gantang barli (1 gantang Baghdad bersamaan 2.7kg, 30 gantang = 81kg ).
- bayaran pada waktu hadapan ie baginda berhutang kpd seorang yahudi, dengan menggadaikan baju besi.
- kehidupan baginda Rasulullah adalah secara zuhud. Pada waktu yang sama, baginda beribadat secara bersungguh-sungguh.
  • baginda tidak menyediakan bekalan makanan beberapa hari kehadapan. Baginda berasa cukup dengan makanan sehari dan tiada makanan keesokan harinya.
  • apa yang berlaku kpd Rasulullah adalah kerana asuhan Allah, firman Allah dlm surah Toha ayat 20:131 (klik sini
 { وَلَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦٓ أَزۡوَٰجٗا مِّنۡهُمۡ زَهۡرَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا لِنَفۡتِنَهُمۡ فِيهِۚ وَرِزۡقُ رَبِّكَ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰ }
 
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

 
- Hadis ini mengharuskan kita gadaikan harta kecuali bagi urusan musafir.

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:283 (klik sini)
{ ۞وَإِن كُنتُمۡ عَلَىٰ سَفَرٖ وَلَمۡ تَجِدُواْ كَاتِبٗا فَرِهَٰنٞ مَّقۡبُوضَةٞۖ فَإِنۡ أَمِنَ بَعۡضُكُم بَعۡضٗا فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِي ٱؤۡتُمِنَ أَمَٰنَتَهُۥ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُۥۗ وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَۚ وَمَن يَكۡتُمۡهَا فَإِنَّهُۥٓ ءَاثِمٞ قَلۡبُهُۥۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٞ }
 
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
 
Hujah jumhur ulamak adalah, hadis di atas (#1) adalah harusnya menggadaikan harta sama ada seseorang itu bertujuan musafir atau tidak (bermusafir).

Kita harus menggadaikan harta demi menginfak kpd urusan berperang.

Kita diharuskan berurusan dgn org kafir selagi mana tidak dlm urusan yang haram, seperti urusan jual-beli barangan haram, riba.

- kata imam Nawawi, harus kita berurusan dgn org kafir, selagimana tidak melibatkan hal yang haram.
a) baginda Rasulullah berurusan dgn org kafir dan ahli kitab selama 13 tahun. Inilah sandaran seseorang muslim dibenarkan berurusan dgn orang bukan Islam.
b) Kita tidak perlu siasat latar belakang org kafir tersebut, selain dari urusan yang sedang kita lakukan.
c) Sekiranya kita memang kenal dgn org yg sememangnya terlibat dlm perniagaan/sumber pendapatannya dlm urusan haram (spt berjudi, spt jual arak). maka elakkan dari berurusan jual-beli dengannya.
d) Dlm konteks kedai, lihat kpd barangan jualan (dalam kedai/supermaket) secara umum, sekiranya lebih banyak barangan yg haram yg dijual berbanding dari barangan jualan yg halal, maka elakkan berurusan pd kedai/supermarket itu.
Contoh #1: membeli top-up handphone di kedai yang menjual minuman keras --> elakkan.

Contoh #2: membeli top-up di kedai runcit yang di salah satu rak/bhgn ada menjual minum keras (arak) --> dibenarkan.

 

- 2 org yg berurusan jual beli, mereka boleh khiyar (pilih)

Terdapat 3 jenis Khiyar:

(1) Khiyar Majlis -- selagimana pembeli belum keluar dari kedai, pembeli boleh menukar barangan yg lain. Penjual perlu menerima pemulangan atau penukaran.
contoh: setelah di buat bayaran kepada penjual, isteri menelefon supaya membeli barang jenis lain. Penjual perlu menerima pemulangan barang yang telah diberli, dan menukarkan transaksi jualan dengan barang yang benar-benar diperlukan oleh pembeli.

(2) Khiyar Syarat -- tempoh tertentu utk pembelian barangan yg tiada susut nilai, bagi mengesahkan pembelian. 
Contoh, pembeli memberi tempoh 3 hari untuk memastikan pembelian yg dibuat. Sekiranya dalam tempoh 3 hari tersebut, dia datang semula kepada penjual dan meminta ditukarkan kepada barang yang lain (ie ingin membuat pembelian terhadap barang yang benar-benar diperlukan), maka penjual perlu menerima barang yg pertama tadi, dan menjualkan barang yg ke-dua (kepada pembeli).

(3) Khiyar Aib -- tempoh jaminan (warranty), pemulangan barang jualan kerana aib/kerosakan barang yg dibeli.
Transaksi jual-beli dibatalkan dgn pembeli memulangkan barang yg dibeli yg mempunyai kecacatan (defect),. contoh pembelian komputer PC, dan didapati kipas (fan) motherboard tidak berfungsi.  

No comments: