Monday, September 21, 2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:161 hingga 164

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 21-Sep-2020

Surah Al-Baqarah Ayat 2:161 hingga 164

Ayat 2:161

A161


إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَمَاتُواْ وَهُمۡ كُفَّارٌ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَيۡهِمۡ لَعۡنَةُ ٱللَّهِ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.

Kisah sebelum ini (ie Ayat 2:159) adalah orang yg menyembunyikan (ie Al-Quran) mereka mendapat laknat Allah dan manusia.

- ini adalah watak org kafir.

- Dlm ayat 161 ini, Allah ulang sekali lagi mereka itu dilaknat. Dlm ayat ini Allah katakan malaikat juga melaknat mereka. 

- mereka dilaknat sehingga mereka mati. Kecuali mereka bertaubat (spt pd ayat 2:160).

- Syirik adalah dosa besar yang amat dibenci oleh Allah. Namun jika mereka yg melakukan perkara syirik kemudiannya bertaubat, maka Allah amat pengampun.


Ayat 2:162

A162


خَٰلِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنۡهُمُ ٱلۡعَذَابُ وَلَا هُمۡ يُنظَرُونَ

Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.


Ayat 2:163

A163


وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

- 2 sifat Allah ie Ar-Rahman dan Ar-Rahim, adalah yg Allah amat suka hambaNya sebut.
- Supaya manusia sentiasa ingat bhw Allah itu amat sayang kpd kita.
- Jangan wujudkan perantaraan antara kita dan Allah. Perantara itulah perkara syirik.

- 5 adab berdoa:
1. Mulakan dengan memuji Allah, paling ringkas adalah sebutkan Alhamdulillah
2. Berselawat kpd baginda Rasulullah
3. Berdoa memohon apa yang dihajati/diingini
4. Ditutup dengan, berselawat kpd baginda Rasulullah dan
5. Diakhiri doa dengan memuji Allah.


Ayat 2:164

A164


إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلۡفُلۡكِ ٱلَّتِي تَجۡرِي فِي ٱلۡبَحۡرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٖ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖ وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلۡمُسَخَّرِ بَيۡنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

-  ayat 164 ini berkaitan Allah Maha mencipta dan mentadbir. Serta menghapuskan apa yang diciptaNya.
- kajian terhadap penciptaan alam, kajian bumi akanenjirus kpd mengEsakan kekuasaan Allah.
- kejadian pertukaran siang dan malam adalah perkara luar biasa. Ketepatan kejadian pertukaran siang dan malam itu  membolehkan manusia mengatur jadual hidup, spt masuknya waktu solat.
- Allah benarkan air laut membawa kapal bergerak menuju destinasinya.
- Air hujan yg diturunkan ke bumi, bumi hidup. Iaitulah bumi menumbuhkan tanaman punca makanan.
- Bukti-bukti yang jelas ini hanya dapat dihayati oleh insan yang melihat dgn mata  hati.

No comments: