Sunday, October 18, 2020

Bersugi / Bersiwak

Bersugi 

(Kitab Taharah (Bersuci) oleh Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al-. Fatani, Terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Cetakan ke-2, 2009, muka surat , 30-31)


Bersugi hukumnya sunat pada setiap kelakuan (keadaan).

#1) Sangat digalakkan bersugi ketika:
1. Hendak membaca Al-Quran
2. Hendak solat/sembahyang
3. Hendak tidur
4. Hendak berwuduk 
5. Hendak membaca hadis dan berzikir
6. Hendak memasuki Kaabah
7. Hendak memasuki rumah
8. Hendak bersetubuh
9. Ketika lapar
10. Ketika dahaga
11. Hampir mati bagi memudahkah roh keluar dari badan
12. Hendak musafir
13. Kembali dari musafir
14. Sebelum gelincir matahari bagi orang yang berpuasa
15. Ketika berubah bau mulut
16. Ketika jaga dari tidur
17. Ketika gigi menjadi kuning

Keterangan:
(i) Bersugi setelah gelincir matahari adalah makhruh sama ada puasa fardu atau puasa sunat, dan hilang makhruh setelah jatuh matahari.
(ii) Mengikut Imam Nawawi, tidak makhruh sebelum atau selepas gelincir matahari.

#2) Sunat bersugi dengan tangan kanan dan dimulai pihak sebelah kanan mulutnya, dilakukan secara perlahan-lahan ke atas langit-langit, di atas gusi, gigi dan lidah.


#3) Fadilat (Kelebihan) bersugi antaranya adalah:
1. Dua rakaat sembahyang orang yang bersugi lebih bak daripada sembahyang orang yang tidak bersugi dengan 70 rakaat.
2. Allah meredhoi orang yang bersugi
3. Menyucikan mulut
4. Memperelokkan bau mulut
5. Menambahkan kecerdasan akal dan mencerahkan mata
6. Melambatkan tumbuh uban
7. Membetulkan belakang
8. Menggandakan pahala
9. Mengingatkan kalimah syahadah ketika hendak mati.


Hadis berkaitan bersugi, antaranya:

1. Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda : “Seandainya aku tidak khuatir untuk mempersulit umatku, niscaya aku perintahkan mereka untuk bersiwak (bersugi) setiap akan mengerjakan salat.”(HR.Bukhari dan Muslim)

2. Dari Hudzaifah ra., ia berkata : “Apabila Nabi saw. bangun dari tidurnya, beliau selalu bersiwak (menggosok gigi) dengan siwak (sikat gigi).” (HR.Bukhari dan Muslim).

3. Dari Aisyah ra., ia berkata : “Kami selalu menyediakan siwak dan air wudhu untuk Rasulullah saw. maka apabila Allah membangunkan beliau kapan saja pada waktu malam, niscaya beliau bersugi, wudhu dan mengerjakan salat .”(HR.Muslim)

4. Dari Anas ra., ia berkata : “Rasulullah saw. bersabda : “Aku sudah sering kali menganjurkan kepada kalian untuk bersiwak.”(HR.Bukhari)

5. Dari Syuraih bin Hani’, ia berkata : “Saya pernah bertanya kepada Aisyah ra. tentang perbuatan apakah yang mula pertama dikerjakan oleh Nabi saw. apabila masuk rumahnya ?” Aisyah menjawab : “Beliau bersiwak.”(HR.Muslim)

6. Dari Aisyah ra., bahwasanya Nabi saw. bersabda : “Bersiwak (bersugi) itu dapat membersihkan mulut dan mendapat ridha Tuhan.”(HR.Nasa’i dan Ibnu Huzaimah)

7. Dari Aisyah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sepuluh macam daripada fitrah adalah : Mencukur kumis, memelihara janggut, bersiwak, menghirup air ke hidung, memotong kuku, membasuh sela-sela jari, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan, dan bersuci apabila buang air.” Perawi hadis ini berkata : “Untuk yang kesepuluh saya lupa, tetapi kalau tidak salah adalah berkumur.” Sedangkan Waki’ salah seorang yang juga meriwayatkan hadis ini berkata : “(yang kesepuluh) adalah istinja.”(HR.Muslim)





No comments: