Sunday, July 17, 2022

Iman Menimbulkan Pengharapan

- Kuliah Suboh Ahad 17-Jul-2022

Iman Menimbulkan Pengharapan

Surah Yusof Ayat 12:87 (klik sini utk paparan ayat)
{ يَٰبَنِيَّ ٱذۡهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ }

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Surah Al-Hijr Ayat 15:56 (klik sini)
{ قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ }

Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".

- Kita diuji dlm kehidupan seharian hingga ada yg berputus harap kpd Allah, seolah-olah Allah tidak adil, seolah-olah doa tidak diterima oleh Allah.
Ujian hebat spt ini diberikan kpd Nabi Ayub as dgn penyakit yg teruk. Namun baginda sentiasa bersangka baik terhadap Allah. 11 anak² baginda meninggal dunia. 

- Oleh kerana kesempitan hidup ada org yg putus harap hingga sanggup melakukan dosa, membunuh anak kerana ingin membebaskan diri dari kemiskinan.

- Org beriman mempunyai kaedah utk mengawal kemiskinan, seorang jiran akan memerhatikan jirannya, adakah mereka makan? Kita perlu peka dgn keadaan dan kehidupan jiran. Bukan bermakna kita menyibuk, sebaliknya itulah tuntutan ugama utk memastikan jiran dan penduduk sekitar dlm keadaan harmoni.

- org yg berputus asa nampak dunia ini sempit. Org yg beriman bukan begitu, org yg beriman bergantung harap kpd Allah dan yakin dgn ujian kehidupan itu adalah ujian yg diberikan Allah dan balasannya adalah syurga bagi mereka yg redho dgn ujian yg dilalui.

- org beriman tidak lakukan curi harta pejabat, ambil rasuah atau pecah amanah, demi hendak melalui ujian kehidupan.

- org² yg tewas dgn ujian kehidupan, biasanya berputus asa kpd Allah. Sebenarnya dia tewas dgn godaan iblis hingga bersangka buruk terhadap Allah.

- ketika Rasulullah saw berdakwah di Mekah, penduduk Mekah tidak terima dakwah baginda. Rasa kecewa terhadap tentangan yg diterima menyebabkan baginda beralih kpd dakwah di luar Mekah iaitu ke Thaif. Namun dakwah di Thaif juga menerima tentangan, pemuda² Thaif yg diupah mengejar dan membaling batu kpd Rasulullah saw dan juga anak angkat baginda ie Zaid bin Harithah. Baginda cedera pd badan akibat batu² yg di baling, ketika berundur dari Thaif dan berhenti seketika di sebuah taman kurma, baginda mengadu kpd Allah.

- Ujian yg dihadapi oleh manusia tidak sehebat ujian kpd para Nabi dan Rasul.

- Dlm Surah Al-Hijr Ayat 15:56 di sebutkan org² yg berputus asa boleh menjurus kpd kekufuran.

- Dlm Surah Yassin, Nabi² pd zaman firaun menerima ujian dan tentangan hebat dari pemerintah, ada Nabi yg dipijak dan diseksa hingga meninggal dunia. Org² yg beriman diseksa kerana tidak mahu menyembah pemerintah/raja/firaun dan meninggalkan Islam.




No comments: